Translate

Saturday 30 July 2011

Chaiyok!!!! .... :)

Usaha Tangga Kejayaan!!!! Tak kira la dalam apa jua yang kita lakukan. Rezeki tak datang bergolek.... dan kehidupan tak lah semudah belajar ABC. Aku ingin menjadi wanita yang sempurna, mempunyai karier - menjadi isteri yang solehah - menjadi IBU kepada anak-anak suamiku..... Usia perkahwinan dah menjangkau 5 tahun tp masih belum menjadi ibu. Dugaan buat ku.... Tuhan tidak akan menguji jika org tu tak mampu menanggungnya.... tp mampukah aku???? 
Seminggu sudah 22 Julai 2011, aku melakukan Laparoscopic Ovarian Drilling di DEMC. Sekurang2 nya % untuk hamil 50%-60% selepas ni. Kawan-kawan doakan yer.... Heheehe moga2 termakbul impian untuk bergelar ibu tahun depan. Setiap tahun azam yang sama. Tapi lepas buat operation ni rasa keyakinan tu tinggi sikit.
Kepada kawan-kawan yang ada Pcos macam saya, kita kene sentiasa kuat semangat jangan mudah mengalah.... Cakap senang kan.....tp org yg menanggung tuhan aje yang tahu apa yg terpendam dalam hati ni..... :(
Think Positive!!!! Yakin Boleh!!! Chaiyokkk!!!!!