Translate

Thursday 19 September 2013

My 2nd IUI & Intralipid Infusion Theraphy

Ieee dah lama tak berblog :-)... Since ucu rehat dari sebarang fertility treatment, ucu pun tak coret ape ape kat blog ni. Now, ucu dah start treatment balik. Tapi, kami tak jadi buat IVF. Hmm hopefully  everything berjalan dgn lancar. Oleh sebab dah ada pengalaman IUI dan IVF sebelum ni. In sya Allah ucu akan bersedia dari segi fizikal dan mental. Mesti ada yang tertanya "eh dah buat ivf nak buat iui plak". Hihiihi... actually husband ucu tak de sebarang masalah cuma ucu ada pcos. Tu yg susah nyer...  Saluran pun alhamdulillah ok tak tersumbat.... mudah2an berlakulah percantuman IUI kali ni... :-) Masa buat IVF bulan Disember 2012 hari tu... Ucu yg minta nak cuba sngt... Actually doc suruh buat iui lg tp excited nak cepat dapat anak nak gakkkk buat ivf time tu. Tak menyabor kata bonda ucu. Ok lets talk about 2nd IUI ucu ni...

29 Ogos 13 : Ucu start period. Bukan cara naturally tp makan duphoston. Sepatutnya  makan 7 hari tp sempat makan 3 hari je... Huhuhu... Handbag kene curi ngan ubat2 dalam handbag sekali. Percaya tak handbag tu kene curi dalam perkarangan masjid. Hukhukhuk sedih :-( 


2 Sept 13 : Jumpa doc dah day 5th period. Suppose kene jumpa 2nd day period. Tp doc plak cuti. Suspek denggi. So ucu start amik clomid 3 tablets per day + progynova tuk 2 weeks.


9 Sept 13 : Jumpa doc sekali lagi... dan treatment diteruskan dgn injection Folliculin 75iu setiap hari selama 5 hari. Hari2 inject kat punggung. Tak pe demi zuriat bg org ttc segalanya boleh di tempuhi.


14 Sept 13 : Appoinment dgn doc pagi plak hari Sabtu ni. Doc buat tvs(trans vagina scan), hukhukhuk telur masih kecil2... uwaaa tention wooo time ni. Doc tak bg sebarang ubat dan injection dah. Doc kata biar telur membesar dgn sendirinya. Masalah yg bersarang dlm kepala ucu mampukah telur ucu membesar?


17 Sept 13 : Appoinment lg.... jeng jeng jeng.... Alhamdulillah, doc buat tvs lagi sekali. Dan ada lah terjumpa 1 telur yg dah membesar. Ukuran 17.2mm.... terus doc kata proceed iui. Syukur ya Allah, ucu ingat dah tak jadi dah iui kali ke 2 ni. IUI keesokannya sempat lah lagi harapan ucu telur membesar lagi. Walaupun jumpa 1 je sekurang2nya ucu bersyukur masih ada harapan di situ. In sya Allah....


18 Sept 13 : Ucu sampai hosp dlm 11.30am.Sampai terus pass specimen kat nurse. Tak lama lepas tu doctor panggil utk tgk sperm selepas di cucikan. Wahhhh doktor kata kali ni banyakkk tu... Hihihihi... hopefully ada la yg lekat kali ni. Prosedur iui tak lama pun dalam 15 minit siap..... Tp this time doktor sarankan buat Intralipid Infusion Theraphy sekali. Kalau ada yg masih tak tau pasal intralipid cuba tanya pakcik google taip "Intralipid IVF". Kat situ ada penerangan secara detail. Tak salah kite mencuba kan.

Intralipid Infusion Theraphy ni dia masukkan melalui drip kat tangan kite. Amik masa 2jam juga nak habiskan 1 botol kecil tu. Settle semua ucu pun balik ke rumah. Bermula lah 2ww ucu. Huhuhuhu.... Doakan ucu & hubby berjaya kali ni ye kawan-kawan.... Aminnnn