Translate

Thursday 9 October 2014

Vitamin C !!!

Hye kawan-kawan!!!


Entry kali ni ucu nak share pasal Vitamin C 1000mg Pahang Pharma. Ada tak kawan2 yg ambil supplement ni? Kalau ada sgt bagus... kalau belum ambil lg lebih baik ambil dr sekarang. So kat sini ucu nak share kebaikan Vitamin C ni utk kawan2 semua :-

  • Berkesan mencerahkan struktur kulit wajah dan badan secara keseluruhan, sekata, licin, gebu dan berseri-seri uols
  • Dapat mengekalkan kelembapan kulit dgn jayanya
  • Menghilangkan bintik2 hitam & memudarkan jeragat serta lingkaran gelap di bawah mata
  • Membasmi jerawat dan merawat parut
  • Merawat penyakit kulit spt bisul, ekzema, dematitis,batuk dan demam selsema
  • Anti aging
  • Menghaluskan tumit kaki ( say NO to rekahan)
  • Mengatasi masalah resdung dan alahan
  • Vit C ini diperlukan utk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan mengekalkan kesihatan gusi & gigi
  • Melindungi sel tubuh dpd kesan2 pencemaran, jangkitan dan meningkatkan imuniti
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi drpd pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran anti hormon anti stress
  • Membunuh bakteria patogenik yg bertindak sbg antibiotik yg tidak berbahaya
  • Melindungi sel2 otak dan saraf tunjang yg sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Penting utk penyuburan sel darah putih & jg bertindak sbg antihistamin semulajadi yg amat berguna utk mengurangkan hidung bengkaksms selesema dan mengurangkan gejala2 lain alergi
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yg berlebihan berguna dlm rawatan anemia
  • Memainkan peranan penting dlm penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dlm darah


Banyak kan kebaikan Vitamin C ni kawan2.... utk pengetahuan kawan2 juga Vitamin C ni jenis sustained released iaitu pelepasan secara perlahan2 dlm masa 12 jam. Ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yg berterusan.

Dalam erti kata lain VItamin C ni bukan shj utk kecantikan tetapi berupaya merawat bbrp masalah kesihatan. Dan Alhamdulillah... setakat dan tika ini tiada lg feedback2 yg negatif tau. 





Tuesday 15 July 2014

Gagal lagi....

Tak de berita gembira yg ucu dapat kongsikan dengan kawan2 semua.... Seperti mana tajuk entry ucu kali ni, ucu gagal dalam FET 3 minggu++ yg lepas. Hukhukhukhuk.... sedih sangat. Ucu lewat period 4 hari je. Walaupun upt line double tapi sangat lah faint .... Di confirmkan pula beta hcg test yg low. Dah puas ucu nangis dah... Now masa untuk bangkit semula...

Khamis 10.7.14 ada appoinment ngan doc. Doc pesan jgn give up!! Baik doc.... Doc scan rahim... masih tebal masih banyak darah yg akan keluar... Hukhukhuk.. dah 5 hari tak leh pose ni. Hopefully jgn la lebih 7 hari. Sempat ke tak nak khatam Quran kalau lelama cuti ni...Come on ucu ... yakin boleh!

Selain menerima dgn redho dan sabar ucu tak de rezki lg. Ucu ada google tentang kenapa embryo tidak berjaya menempel di uterus? Sedangkan embryo disenyawakan Gred 1, ketebalan rahim 12.3mm (cukup tebal untuk implantation proses), tidak renyah atau lasak sepanjang 2ww, menjaga pemakanan dan mengambil supplement dan sbgnya. Ada bbrp sebab google memberi jawapan kpd ucu. Yg menarik perhatian ucu selain drpd PCOS adalah Natural Killer (NK) cells. Ok ape NK cells tu? Ucu ada copy kan utk fahaman kite bersama.

What are high natural killer cells?

  • can cause the body react abnormally to an implanting embryo
  • treating embryo as an invading cell and signalling for the body to attack it

Hmmm risau plak ucu... Tapi ada treatment yg dapat melawan NK cells ni. Dan setelah berbincang dgn doc ucu hari Khamis tu ucu dah pun amik terapi tu. Namanya Intralipid Infussion Theraphy. Macam mana rawatan Intralipid Infussion ni? Ucu ada copy juga utk tatapan bersama.

Intralipid Infussion Theraphy

  • is a treatment, which is administrated through IV drip in the arm from soya bean oil, egg yolk, glycerin and water
  • provide the body with essential fatty acids that help to lower the activity of NK cells
Mana  la tau ucu leh conceive naturally... hihihi... doc pun cakap mcm tu. Kite cuba je. Semasa treatment tu tak de la sakit pun cuma masa nak masukkan IV drip tu je. Almaklum ucu ni comey urat pun susah nak nampak. Kali ke 4 cucuk baru dapat. Sakit wooo... Lebih kurang 2 jam pastu dah boleh balik. Total hari tu kene RM300++

Ok... mari kita enjoy... jgn stress2 ucu... hidup ini singkat... mari kite nikmati sewajarnya.... xoxo




Friday 20 June 2014

FET ... Sebelum Ramadhan....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan....

Sebulan lebih ucu menyepi. Tak sempat nak mengupdatekan apa2.... hukhukhuk :( lumrah kehidupan.... Banyak benda nak buat. Tak cukup 24 jam sehari rasanya... Tu yg asyik tido kul 3.30am ke 4am tu... Keesokan paginya kalau tak dapat black coffee memang merundum je rasa... Tak sah tak minum coffee.
Tapi kawan2 yg TTC jgn minum banyak2 ye... Kalau boleh jgn lebih 3 cawan sehari. Ucu maximum pun 2 cawan je. Selalunya secawan aje time pagi2... Sbb cafein akan mengurangkan peluang kehamilan ye kawan2. Sedap memang sedap!!!

 Ok ucu nak update berkenaan tajuk ucu kali ni. Alhadulillah, ucu dah buat FET pd 19.06.2014. Prosedur dibuat dalam pukul 6pm mcm tu. Pukul 5pm daftar kat admission pastu masuk day care. Pukul 8pm discaj. Bermulalah 2ww ucu. En husband yg menjaga ucu. Nak pegi toilet pun tanya nak pegi mana tu? Huhuuhuhu... rimas plak dibuatnya. Hiihihii...

Proses kali ni agak mudah bg ucu. Tidak memerlukan kos yg tinggi mcm sebelum ni :-( Alhamdulilah. Maksud ucu kos ubat2an dan prosedur. Lagi seminggu jumpa doc balik untuk injection. Ucu dibekalkan progynova dan utrogestan. Oh ya! kos FET kali ni RM3113.83 (termasuk ubat yg dibekalkan). Dan tambahan injection (2week b4 FET) RM700.00. So total plus minus almost RM4k.

Okey refer to tajuk entry kali ni, ucu nak share peristiwa yg berlaku kat ucu. Kawan2 ada terbaca dlm berita, akhbar mahupun internet tak berkenaan perginya Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam. Almarhum Ustaz Hj Ahmad Mustafa b Mohd Sidin. Beliau merupakan sepupu dekat ucu. Beliau pergi dalam usia yg muda 39 tahun dan meninggalkan seorang isteri bersama 5 anak2 yg masih kecil. Yg paling bongsu baru berusia 3bulan. Comey sangat Maher namanya... Semoga isterinya tabah dalam mengharungi kehidupan seterusnya. Mati itu pasti!!! Dan Allah telah merancangkan sebaik2 perancangan utk anak2 beliau. Bersabarlah Kak Ira... Berat mata memandang berat lagi bahu yg nak dipikul... Ucu sempat melawat arwah di ICU IJN, ttp pada masa tu arwah diberi ubat tidur supaya tidak sedar kerana pembedahan di dada masih belum di jahit. Doktor tutup dgn kain sahaja.
Arwah di solatkan jenazah dua kali. Sekali di Masjid Negeri yg dihadiri lebih 5000 umat. Dan dibawa ke Batang Kali untuk dikebumikan. Di Masjid Batang Kali dilakukan solat jenazah sekali lagi. Ya Allah... didunia sudah kau tunjukkan kebesaran Mu .... betapa ramai umat Islam turut menangisi kepergian arwah. Arwah di kebumikan bersebelahan dengan kubur ayahandanya. Sewaktu talqin dibacakan, Ya Allah sungguh ucu terasa insaf. Takutnya ucu akan kematian yg tidak mengenal usia,masa dan tempat. Dgn amalan yg belum cukup ucu  rasa sangat takut... Moga ucu sempat mengandung melahirkan dan mendidik zuriat utk husband ucu. Allahu Akbar...

Ucu n husband sempat join kenduri dan bacaan yassin serta tahlil yang diadakan di Kamunting, Taiping bersama famili sebelah husband. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Jemput budak2 tahfiz dan anak yatim di sekitar Kamunting. Lihat wajah anak-anak yatim ni terasa sayu dihati. Walaupun terukir senyuman di wajah mereka. Dalam hati siapa yg tahukan... xoxo utk kawan2 semua :-)


Tuesday 13 May 2014

Bila nak FET

Appoinment dgn doc 12.05.14(Monday)

Sepatutnya ucu jumpa doc pagi. Tp satu malam tak tido siapkan hal stock utk clients. Pukul 7am baru terlelap, bangun balik dah dengar org ngaji kat masjid tak lama nya masuk waktu zohor dah. Kelam kabut bangun mandi n siap2 nak pi jumpa doc.

Ucu jadi patient last sekali. Hiihihihih... jumpa doc, doc tanya ucu bila start bleeding? Sakit tak? Apa yg ucu rasa? So ucu cite detail se detailnya dgn doc. Rupa2 nya masa day 16 after et yg ucu jumpa doc. N doc ada buat scan kat ucu, rupanya ada kantung tp kurang jelas. Doc tak bg tau lagi sbb terlalu awal n tak mau ucu berharap. Tp doc ada copy n staplerkan kat rekod ucu. N doc tunjuk kat ucu dan bulatkan bhgn kantung tu. Huhuhuhu.... terkesima sekejap... 

Doc consider ucu keguguran dlm 5weeks ikut kiraan dia... hmmm... no wonder la sakit sangat masa nak kuar darah hari tu...  n still bleeding sampai hari ni... Masa doc scan yg terbaru ni pun doc kata masih banyak darah tp Alhamdulillah tak payah dnc... kantung tu dah x nampak... n ucu rasa pun dah kuar sbb lepas kuar ada satu ketul tu terus hilang sakit pinggang n sakit perut. 

So ada bincang dgn doc pasal FET.  Doc kata sbb ucu consider miscarriage kene relax sekurang2 1 cycle. So next appmnt ucu ngan doc 3.Jun. After that baru decide boleh buat tak fet that cycle. Apa yg penting doc suruh ucu rehat dan make sure badan dan rahim sihat. Jangan tinggal supplement. 

Buat masa ni ucu makan supplement multivitamin from sunward (dlm ni ada 400iu vitamin D), spirulina from elken (30 biji sehari) dan baru tambah LD venus from elken (chinese herb). N still continue metformin... hihihihi... On off habbatus sauda... 

Ucu harap dapatlah ucu buat fet next cycle, before puasa... Mr.Hubby pun kata ok... dia dah ready nak jaga ucu lg mcm dlm 2ww tu... touching plak masa dia cakap macam tu... huhuhuh... Ok lah ucu out dulu... xoxo



Tuesday 6 May 2014

Bersabarlah wahai Ucu.... Kite cuba lagi... Chaiyuk!!!

Hari Rabu yg blues.... Rabu yang down.... Malas nak buat kerja tp kerja banyak plak nak disiapkan... Dalam hati pun dok risau ape yg berlaku sebenarnya dalam rahim sekarang ni.Kenapa period ni x mai mai lagi ni. Ops lupa nak share beta test ucu negative .... no wonder urin test ucu negative.... takut plak sakit lain dalam perut ni.

Ucu jumpa doc hari Isnin 5/5/14, doc scan kata rahim tebal lg. Doc kata kalau tak bleeding lagi jumpa lagi next week buat blood test lagi. Ya Allah ... aku redho dgn ujian ini ... Jauhkanlah aku dari penyakit yg merbahaya.  Ucu stop segala ubat mulai hari ini.

Kalau dah period terus nak on utk proses frozen embies transfer... Niat di hati nak buat mcm tu. Tp x bincang lagi ngan Mr Hubby. Sebut Mr.Hubby kesian sangat ucu rasa. Mr.Hubby betul2 jaga pergerakan ucu sepanjang 2ww. Dia betul2 mengharap kami berjaya kali ni. Maafkan ucu ....

Oklah, life must goes on... x mo sedih2 ... teruskan perjuangan ucu... Gambate!!!

Monday 28 April 2014

9dp 3dpt (2ww time)!!!

Hye kawan-kawan!!!

Actually tak tau nak letak tajuk ape entry kali ni... Jadi letak la current situation ucu sebagai tajuk kali ni... Hihihihi... diam tak diam dah hari ke 9 dr ET hari tu. Wahhhhh semakin debar hati ucu ni. Macam macam ucu rasa. Kawan-kawan yg pernah atau dalam 2WW ni mesti amat memahami perasaan yg ucu rasa ni. Dup dap dup dap...

Ucu ada baca kat internet pasal home urine pregnancy test. Ada yg test sendiri masa day 8dp 3dpt tau kawan2. Awal kan... n ada yang dapat positif result diorang. But mostly bukan orang kite. Ucu baca kat forum Medhealth ke Medwealth ntah tak ingat dah.... Ni yang buat ucu teruja nak test ni.... Hahahaha gatal kan... Ada member dlm group whats app IVF ckp jgn test dulu, terlalu awal kalau beta Hcg x per lagi... kalau urine x nmpak lg katanya. Buat tambah stress je nanti. Betul juga katanya, tp ucu ni kedegaq la... nak buat gak....huhuhuhu...

Ucu buat tau sebenarnya kawan2... hihihi ... sekali dgn clear blue dan sekali ngan upt yg murahnye dalam RM 6 tu... Guna clear blue tu positive tp sangat2 faint color dia... masa celup tu terus kuar lambang + tu... dan yang lagi satu negatif... Uwaaaa... kan dah sedih... Amik ubat cari penyakit sendiri kan...

So..tak mau pikir banyak.. tunggu  aje hari ke 14 masa jumpa doc nanti. Hihihii... hopefully x bleeding la... at least ada harapan kan... hmmm sesak nafas ucu bila terpikir pasal ni. Lagi pun bukan ape, ucu dah bosan duduk dlm bilik ni... husband terlampau jaga sampai dah lama rasanya tak turun kat hall rumah. Dari 19.4 hari tu ucu ET hanya 2 kali baru turun itu pun sebab nak pi klinik utk injection. Layan la cite korea kat bilik ni... Bersabarlah wahai ucu...

Ops lupa nak share apa yg ucu rasa dlm 9dp 3dpt ni, ucu start rasa cramp kat perut, bloated dan cpt nak shi shi... kadang2 malas nak minum tp bibir n kulit muka cepat jadi kering. Tapi rasanya tu kesan sampingan ubat utrogestan yg masuk ikut vagina tu... Oklah dah azan Asar... ucu stop kat sini dulu... jumpa lagi ... xoxo

Monday 21 April 2014

My 2nd IVF/ICSI

Preparation untuk IVF kali ke dua dah dibuat since 2013 lagi. Ada dalam entry sebelum  ni... Tp ucu ada missed gak amik supplement dan bertukar2 supplement lagi. Ikut mana dan ucu je... Alhamdulillah usaha untuk buat IVF ni dapat dilakukan bulan April 2014. Actually kawan-kawan bukan ucu saje je nak buat bulan April tp sebab menunggu cik P datang. Ucu ada PCOS jadi period ucu ni tak menentu... :-(

Bulan Nov.2013 ucu dah start jumpa doc n amik injection Folliculin 150iu, imagin dah amik injection sampai day 14 telur still tak banyak. Yg membesar satu je... Blood test pun tak cun. So doc suruh stop try naturally... kalau period datang balik jumpa doc. Sepanjang TTC ni ucu dah buat 2 kali IUI dan sekali IVF. Kesemuanya gagal. Tiub x de masalah.... cuma PCOS!!!. Oh PCOS susah betul nak baik...

Tunggu punya tunggu cik P ni 01.03.2014 baru cik P ni datang dengan sendirinya. Gembira hati ucu hihihihihi.... So 03.03.2014 day 3 ucu pun jumpa doc n decide nak buat IVF. Kali ni doc kata kite just make sure buat telur membesar dan kalau boleh cuba dapatkan banyak sikit. Hihihi.. tak semestinya pada bulan ni akan FET kata doc. Yg penting telur tu nak membesar bagai johan dan more than 3... Ucu setuju dgn doc. Sakit wooo asik kene inject. At least kalau ada banyak telur x perlu lah nak lalui inject2 kat montot n perut ni lagi. Huhuhuhu... Tapi... Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat ucu. Walau dah di inject selama 16 hari keputusan telur tidak memberansangkan. Kecewanya ucu tuhan saje yg tau... Hancuss hati ucu... kene stop n tunggu cik P datang lagi. Tp tak disangka-sangka 29.03.2014 cik P datang sendirinya. Melompat2 ucu kegembiraan. 29 hari cycle kali ni... So bermula lah IVF kali kedua dalam hidup ucu.... Panjang lebar mukadimah ucu kali ni. Bukan ape ucu nak share betapa susahnya ucu nak memulakan rawatan IVF ni sbb PCOS..

Ok lets start my second IVF journey.... Kat bawah ni  tarikh dan kos masa ucu jumpa doc...

  • 29.03.2014 : Start period
  • 31.03.2014 : Day 3rd/ 1st day Injection Folliculin 150iu + Dexa + Clomid = RM    828.60
  • 05.04.2014 : Day 8th/ 6th day Injection Folliculin 225iu                             = RM    764.90
  • 08.04.2014 : Day 11th/ 9th day Injection Folliculin 225iu                           = RM    452.92
  • 09.04.2014 : Day 12th/ 10th day Injection Folliculin 225iu + Inj Antigonist = RM 1,304.76
  • 12.04.2014 : Day 15th/ 13rd day Inj Folliculin 225iu + Inj Antigonist + BL= RM    837.62
  • 14.04.2014 : Day 17th/ 15th day Inj Folliculin 225iu + Inj Antigonist          = RM   912.84
  • 15.04.2014 : Day 18th Blood test + Inj Antigonist                                      = RM     72.00
  • 17.04.2014 : Ovum Pick Up + GA                                                            = RM 4,923.50
  • 19.04.2014 : FET                                                                                     = RM 3,835.90
So total IVF/ICSI kali ke dua ni RM 13,933.04 .

OPU
Masa OPU ucu dapat 3 telur je yg matang... Ucu mengharapkan ucu dapat lebih huhuhuhhu.... Allah Maha Kuasa lg Maha Mengetahui. Ucu dapat 3 je yg matang. Alhamdulillah.. sekurang2nya ucu dapat meneruskan IVF kali ni kan kan kan... Kali ni OPU ucu request GA... Hihihihi x mau tersedar lagi seperti OPU yg pertama dulu. Tak sanggup makcik.... Sakit wooooo....
Bila guna GA ni mmg best... x sedar langsung... tau2 dah siap n dah ke ruangan menunggu dan nak dihantar ke Day care balik dah. Ucu kene puasa bila nak guna GA. Ucu start puasa dr kul 12pm. Sebelum tu pun just makan ayam goreng seketui n biskut cicah kopi. X de selera katanya... prosedur kul 6pm...
Keesokannya ucu sangat lah berdebar2 menunggu panggilan dari doc. As usual mcm 1st IVF dulu doc call kul 6pm mcm tu... Alhamdulillah ke 3 telur ucu berjaya disenyawakan dan berkembang. Aminnn... syukur Ya Allah.... So next step FET (fresh embryo transfer).... :-)

FET
Ucu ET slps3 hari opu. Masuk wad/daycare kul 1.30pm... hikhikhik sepatutnya kene masuk 12.30pm tp ucu sibuk mengemas rumah. Nanti dah et x boleh buat kerja berat2. So ucu ambil kesempatan vacuum dan mengemop satu rumah... tingkat atas dan bawah dan rak kasut juga.
Prosedur pukul 2pm... tp jadi lambat sikit sbb tggu embryologist dr Sime Darby datang. Sblm prosedur bermula doc panggil Mr.Hubby masuk lab fertility sekali... tgk our embyos... hihihihi... Alhamdulillah ke 3 nya berlaku tumbesaran yg normal. N then doc disscuss nak masuk berapa embryo kali ni. Ucu mmg serahkan kat Mr.Hubby to decide. Atas pandangan doc juga, kami masukkan 1 embryo sahaja. Lg 2 embryo kami freezekan asing2. At least kata doc boleh try lagi lepas ni... Mudah2an yang satu ni pun lekatlah mintaknya.... Perkenankanlah doa kami Ya Allah.... Amin....

Jadi bermulah episod 2ww ucu... by the way hari ni hari ke2 slps et. Ucu byk rest kat dalam bilik je. Mr Hubby kali ni betul2 x bg ucu bergerak banyak2. Turun naik tangga lagi la... Mcm puteri kali ni. Makan pun dalam bilik... hihihihi... Orite... besok ucu kene inject utk kuatkan rahim kata doc. Hopefully everything will be okay coz ucu kene keluar besok... Doakan ucu berjaya kali ni ye kawan2.... xoxo

Tuesday 15 April 2014

Pilhanku pilihan mu jua.... :D

Yuhuuu everybody.... setelah berpikir panjang... pro n contra... pengiraan kewangan dan belanjawan bagai... kami decide nak buat ivf lagi sekali. Hmmm... kene berjimat cermat. No more shopping shopping enjoy enjoy sokmo dah. Semua kene ikut budget dah... orite ucu akan cerita lebih lanjut my next ivf.... doa kami moga usaha kali ni berjaya.... ameennnn...

Thursday 13 February 2014

What to do.... what to do... decission plz....

Lama ucu menyepi dr berblog... tak dapat nak mencuri-curi masa yg ada. Kalau ada pun itulah masa untuk meluruskan pinggang di atas katil ucu....  Sedar tak sedar dah tahun baru 2014 bulan Feb plak tu. Masih banyak nak diuruskan pasal syarikat..... Huhuhuhuhu pikir pasal kerja memang takkan habis. Sentiasa rasa masa berlalu dengan pantas. Walaupun macam tu aktiviti sosial tidak ketinggalan.... 

Actually ucu n hubby x decide lagi nak buat IVF ke tak? Hubby lebih kpd kurangkan berat badan ke ideal dulu. Hukhukhuk... ucu kira2 kalau nak betul2 ideal mau makan 3 bulan gak ni baru dapat berat badan ideal. Lama tu.... :-( Ada cara nak cepat .... huhuhuhuhu apa lagi liposuction la... Ucu dah survey cuma belum jumpa doctor je lagi... bila tengok kat utube mak aiiiii ngeri pun ada... Cam ne ni? Tu yg tajuk ucu kali ni...."what to do ... what to do.... tu.... Uol rasa cam ne? Ucu x tau  la... Macam2 pikir pun tak bagus gak... What to do?????

 Pada masa yg sama ucu tengah amik Camerlyn Product for helping ucu to reduce my weight... So far hari ni baru hari ke2.... Dapat turun 5kg - 7kg sebulan best nyer.... yg bestnyer lg product ni berasaskan buah2an... Senang ucu nak telan... Ape2 ucu update nanti k....