Translate

Thursday, 9 October 2014

Vitamin C !!!

Hye kawan-kawan!!!


Entry kali ni ucu nak share pasal Vitamin C 1000mg Pahang Pharma. Ada tak kawan2 yg ambil supplement ni? Kalau ada sgt bagus... kalau belum ambil lg lebih baik ambil dr sekarang. So kat sini ucu nak share kebaikan Vitamin C ni utk kawan2 semua :-

  • Berkesan mencerahkan struktur kulit wajah dan badan secara keseluruhan, sekata, licin, gebu dan berseri-seri uols
  • Dapat mengekalkan kelembapan kulit dgn jayanya
  • Menghilangkan bintik2 hitam & memudarkan jeragat serta lingkaran gelap di bawah mata
  • Membasmi jerawat dan merawat parut
  • Merawat penyakit kulit spt bisul, ekzema, dematitis,batuk dan demam selsema
  • Anti aging
  • Menghaluskan tumit kaki ( say NO to rekahan)
  • Mengatasi masalah resdung dan alahan
  • Vit C ini diperlukan utk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan mengekalkan kesihatan gusi & gigi
  • Melindungi sel tubuh dpd kesan2 pencemaran, jangkitan dan meningkatkan imuniti
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi drpd pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran anti hormon anti stress
  • Membunuh bakteria patogenik yg bertindak sbg antibiotik yg tidak berbahaya
  • Melindungi sel2 otak dan saraf tunjang yg sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Penting utk penyuburan sel darah putih & jg bertindak sbg antihistamin semulajadi yg amat berguna utk mengurangkan hidung bengkaksms selesema dan mengurangkan gejala2 lain alergi
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yg berlebihan berguna dlm rawatan anemia
  • Memainkan peranan penting dlm penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dlm darah


Banyak kan kebaikan Vitamin C ni kawan2.... utk pengetahuan kawan2 juga Vitamin C ni jenis sustained released iaitu pelepasan secara perlahan2 dlm masa 12 jam. Ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yg berterusan.

Dalam erti kata lain VItamin C ni bukan shj utk kecantikan tetapi berupaya merawat bbrp masalah kesihatan. Dan Alhamdulillah... setakat dan tika ini tiada lg feedback2 yg negatif tau. 





Tuesday, 15 July 2014

Gagal lagi....

Tak de berita gembira yg ucu dapat kongsikan dengan kawan2 semua.... Seperti mana tajuk entry ucu kali ni, ucu gagal dalam FET 3 minggu++ yg lepas. Hukhukhukhuk.... sedih sangat. Ucu lewat period 4 hari je. Walaupun upt line double tapi sangat lah faint .... Di confirmkan pula beta hcg test yg low. Dah puas ucu nangis dah... Now masa untuk bangkit semula...

Khamis 10.7.14 ada appoinment ngan doc. Doc pesan jgn give up!! Baik doc.... Doc scan rahim... masih tebal masih banyak darah yg akan keluar... Hukhukhuk.. dah 5 hari tak leh pose ni. Hopefully jgn la lebih 7 hari. Sempat ke tak nak khatam Quran kalau lelama cuti ni...Come on ucu ... yakin boleh!

Selain menerima dgn redho dan sabar ucu tak de rezki lg. Ucu ada google tentang kenapa embryo tidak berjaya menempel di uterus? Sedangkan embryo disenyawakan Gred 1, ketebalan rahim 12.3mm (cukup tebal untuk implantation proses), tidak renyah atau lasak sepanjang 2ww, menjaga pemakanan dan mengambil supplement dan sbgnya. Ada bbrp sebab google memberi jawapan kpd ucu. Yg menarik perhatian ucu selain drpd PCOS adalah Natural Killer (NK) cells. Ok ape NK cells tu? Ucu ada copy kan utk fahaman kite bersama.

What are high natural killer cells?

  • can cause the body react abnormally to an implanting embryo
  • treating embryo as an invading cell and signalling for the body to attack it

Hmmm risau plak ucu... Tapi ada treatment yg dapat melawan NK cells ni. Dan setelah berbincang dgn doc ucu hari Khamis tu ucu dah pun amik terapi tu. Namanya Intralipid Infussion Theraphy. Macam mana rawatan Intralipid Infussion ni? Ucu ada copy juga utk tatapan bersama.

Intralipid Infussion Theraphy

  • is a treatment, which is administrated through IV drip in the arm from soya bean oil, egg yolk, glycerin and water
  • provide the body with essential fatty acids that help to lower the activity of NK cells
Mana  la tau ucu leh conceive naturally... hihihi... doc pun cakap mcm tu. Kite cuba je. Semasa treatment tu tak de la sakit pun cuma masa nak masukkan IV drip tu je. Almaklum ucu ni comey urat pun susah nak nampak. Kali ke 4 cucuk baru dapat. Sakit wooo... Lebih kurang 2 jam pastu dah boleh balik. Total hari tu kene RM300++

Ok... mari kita enjoy... jgn stress2 ucu... hidup ini singkat... mari kite nikmati sewajarnya.... xoxo




Friday, 20 June 2014

FET ... Sebelum Ramadhan....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan....

Sebulan lebih ucu menyepi. Tak sempat nak mengupdatekan apa2.... hukhukhuk :( lumrah kehidupan.... Banyak benda nak buat. Tak cukup 24 jam sehari rasanya... Tu yg asyik tido kul 3.30am ke 4am tu... Keesokan paginya kalau tak dapat black coffee memang merundum je rasa... Tak sah tak minum coffee.
Tapi kawan2 yg TTC jgn minum banyak2 ye... Kalau boleh jgn lebih 3 cawan sehari. Ucu maximum pun 2 cawan je. Selalunya secawan aje time pagi2... Sbb cafein akan mengurangkan peluang kehamilan ye kawan2. Sedap memang sedap!!!

 Ok ucu nak update berkenaan tajuk ucu kali ni. Alhadulillah, ucu dah buat FET pd 19.06.2014. Prosedur dibuat dalam pukul 6pm mcm tu. Pukul 5pm daftar kat admission pastu masuk day care. Pukul 8pm discaj. Bermulalah 2ww ucu. En husband yg menjaga ucu. Nak pegi toilet pun tanya nak pegi mana tu? Huhuuhuhu... rimas plak dibuatnya. Hiihihii...

Proses kali ni agak mudah bg ucu. Tidak memerlukan kos yg tinggi mcm sebelum ni :-( Alhamdulilah. Maksud ucu kos ubat2an dan prosedur. Lagi seminggu jumpa doc balik untuk injection. Ucu dibekalkan progynova dan utrogestan. Oh ya! kos FET kali ni RM3113.83 (termasuk ubat yg dibekalkan). Dan tambahan injection (2week b4 FET) RM700.00. So total plus minus almost RM4k.

Okey refer to tajuk entry kali ni, ucu nak share peristiwa yg berlaku kat ucu. Kawan2 ada terbaca dlm berita, akhbar mahupun internet tak berkenaan perginya Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam. Almarhum Ustaz Hj Ahmad Mustafa b Mohd Sidin. Beliau merupakan sepupu dekat ucu. Beliau pergi dalam usia yg muda 39 tahun dan meninggalkan seorang isteri bersama 5 anak2 yg masih kecil. Yg paling bongsu baru berusia 3bulan. Comey sangat Maher namanya... Semoga isterinya tabah dalam mengharungi kehidupan seterusnya. Mati itu pasti!!! Dan Allah telah merancangkan sebaik2 perancangan utk anak2 beliau. Bersabarlah Kak Ira... Berat mata memandang berat lagi bahu yg nak dipikul... Ucu sempat melawat arwah di ICU IJN, ttp pada masa tu arwah diberi ubat tidur supaya tidak sedar kerana pembedahan di dada masih belum di jahit. Doktor tutup dgn kain sahaja.
Arwah di solatkan jenazah dua kali. Sekali di Masjid Negeri yg dihadiri lebih 5000 umat. Dan dibawa ke Batang Kali untuk dikebumikan. Di Masjid Batang Kali dilakukan solat jenazah sekali lagi. Ya Allah... didunia sudah kau tunjukkan kebesaran Mu .... betapa ramai umat Islam turut menangisi kepergian arwah. Arwah di kebumikan bersebelahan dengan kubur ayahandanya. Sewaktu talqin dibacakan, Ya Allah sungguh ucu terasa insaf. Takutnya ucu akan kematian yg tidak mengenal usia,masa dan tempat. Dgn amalan yg belum cukup ucu  rasa sangat takut... Moga ucu sempat mengandung melahirkan dan mendidik zuriat utk husband ucu. Allahu Akbar...

Ucu n husband sempat join kenduri dan bacaan yassin serta tahlil yang diadakan di Kamunting, Taiping bersama famili sebelah husband. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Jemput budak2 tahfiz dan anak yatim di sekitar Kamunting. Lihat wajah anak-anak yatim ni terasa sayu dihati. Walaupun terukir senyuman di wajah mereka. Dalam hati siapa yg tahukan... xoxo utk kawan2 semua :-)


Tuesday, 13 May 2014

Bila nak FET

Appoinment dgn doc 12.05.14(Monday)

Sepatutnya ucu jumpa doc pagi. Tp satu malam tak tido siapkan hal stock utk clients. Pukul 7am baru terlelap, bangun balik dah dengar org ngaji kat masjid tak lama nya masuk waktu zohor dah. Kelam kabut bangun mandi n siap2 nak pi jumpa doc.

Ucu jadi patient last sekali. Hiihihihih... jumpa doc, doc tanya ucu bila start bleeding? Sakit tak? Apa yg ucu rasa? So ucu cite detail se detailnya dgn doc. Rupa2 nya masa day 16 after et yg ucu jumpa doc. N doc ada buat scan kat ucu, rupanya ada kantung tp kurang jelas. Doc tak bg tau lagi sbb terlalu awal n tak mau ucu berharap. Tp doc ada copy n staplerkan kat rekod ucu. N doc tunjuk kat ucu dan bulatkan bhgn kantung tu. Huhuhuhu.... terkesima sekejap... 

Doc consider ucu keguguran dlm 5weeks ikut kiraan dia... hmmm... no wonder la sakit sangat masa nak kuar darah hari tu...  n still bleeding sampai hari ni... Masa doc scan yg terbaru ni pun doc kata masih banyak darah tp Alhamdulillah tak payah dnc... kantung tu dah x nampak... n ucu rasa pun dah kuar sbb lepas kuar ada satu ketul tu terus hilang sakit pinggang n sakit perut. 

So ada bincang dgn doc pasal FET.  Doc kata sbb ucu consider miscarriage kene relax sekurang2 1 cycle. So next appmnt ucu ngan doc 3.Jun. After that baru decide boleh buat tak fet that cycle. Apa yg penting doc suruh ucu rehat dan make sure badan dan rahim sihat. Jangan tinggal supplement. 

Buat masa ni ucu makan supplement multivitamin from sunward (dlm ni ada 400iu vitamin D), spirulina from elken (30 biji sehari) dan baru tambah LD venus from elken (chinese herb). N still continue metformin... hihihihi... On off habbatus sauda... 

Ucu harap dapatlah ucu buat fet next cycle, before puasa... Mr.Hubby pun kata ok... dia dah ready nak jaga ucu lg mcm dlm 2ww tu... touching plak masa dia cakap macam tu... huhuhuh... Ok lah ucu out dulu... xoxo



Tuesday, 6 May 2014

Bersabarlah wahai Ucu.... Kite cuba lagi... Chaiyuk!!!

Hari Rabu yg blues.... Rabu yang down.... Malas nak buat kerja tp kerja banyak plak nak disiapkan... Dalam hati pun dok risau ape yg berlaku sebenarnya dalam rahim sekarang ni.Kenapa period ni x mai mai lagi ni. Ops lupa nak share beta test ucu negative .... no wonder urin test ucu negative.... takut plak sakit lain dalam perut ni.

Ucu jumpa doc hari Isnin 5/5/14, doc scan kata rahim tebal lg. Doc kata kalau tak bleeding lagi jumpa lagi next week buat blood test lagi. Ya Allah ... aku redho dgn ujian ini ... Jauhkanlah aku dari penyakit yg merbahaya.  Ucu stop segala ubat mulai hari ini.

Kalau dah period terus nak on utk proses frozen embies transfer... Niat di hati nak buat mcm tu. Tp x bincang lagi ngan Mr Hubby. Sebut Mr.Hubby kesian sangat ucu rasa. Mr.Hubby betul2 jaga pergerakan ucu sepanjang 2ww. Dia betul2 mengharap kami berjaya kali ni. Maafkan ucu ....

Oklah, life must goes on... x mo sedih2 ... teruskan perjuangan ucu... Gambate!!!

Monday, 28 April 2014

9dp 3dpt (2ww time)!!!

Hye kawan-kawan!!!

Actually tak tau nak letak tajuk ape entry kali ni... Jadi letak la current situation ucu sebagai tajuk kali ni... Hihihihi... diam tak diam dah hari ke 9 dr ET hari tu. Wahhhhh semakin debar hati ucu ni. Macam macam ucu rasa. Kawan-kawan yg pernah atau dalam 2WW ni mesti amat memahami perasaan yg ucu rasa ni. Dup dap dup dap...

Ucu ada baca kat internet pasal home urine pregnancy test. Ada yg test sendiri masa day 8dp 3dpt tau kawan2. Awal kan... n ada yang dapat positif result diorang. But mostly bukan orang kite. Ucu baca kat forum Medhealth ke Medwealth ntah tak ingat dah.... Ni yang buat ucu teruja nak test ni.... Hahahaha gatal kan... Ada member dlm group whats app IVF ckp jgn test dulu, terlalu awal kalau beta Hcg x per lagi... kalau urine x nmpak lg katanya. Buat tambah stress je nanti. Betul juga katanya, tp ucu ni kedegaq la... nak buat gak....huhuhuhu...

Ucu buat tau sebenarnya kawan2... hihihi ... sekali dgn clear blue dan sekali ngan upt yg murahnye dalam RM 6 tu... Guna clear blue tu positive tp sangat2 faint color dia... masa celup tu terus kuar lambang + tu... dan yang lagi satu negatif... Uwaaaa... kan dah sedih... Amik ubat cari penyakit sendiri kan...

So..tak mau pikir banyak.. tunggu  aje hari ke 14 masa jumpa doc nanti. Hihihii... hopefully x bleeding la... at least ada harapan kan... hmmm sesak nafas ucu bila terpikir pasal ni. Lagi pun bukan ape, ucu dah bosan duduk dlm bilik ni... husband terlampau jaga sampai dah lama rasanya tak turun kat hall rumah. Dari 19.4 hari tu ucu ET hanya 2 kali baru turun itu pun sebab nak pi klinik utk injection. Layan la cite korea kat bilik ni... Bersabarlah wahai ucu...

Ops lupa nak share apa yg ucu rasa dlm 9dp 3dpt ni, ucu start rasa cramp kat perut, bloated dan cpt nak shi shi... kadang2 malas nak minum tp bibir n kulit muka cepat jadi kering. Tapi rasanya tu kesan sampingan ubat utrogestan yg masuk ikut vagina tu... Oklah dah azan Asar... ucu stop kat sini dulu... jumpa lagi ... xoxo

Monday, 21 April 2014

My 2nd IVF/ICSI

Preparation untuk IVF kali ke dua dah dibuat since 2013 lagi. Ada dalam entry sebelum  ni... Tp ucu ada missed gak amik supplement dan bertukar2 supplement lagi. Ikut mana dan ucu je... Alhamdulillah usaha untuk buat IVF ni dapat dilakukan bulan April 2014. Actually kawan-kawan bukan ucu saje je nak buat bulan April tp sebab menunggu cik P datang. Ucu ada PCOS jadi period ucu ni tak menentu... :-(

Bulan Nov.2013 ucu dah start jumpa doc n amik injection Folliculin 150iu, imagin dah amik injection sampai day 14 telur still tak banyak. Yg membesar satu je... Blood test pun tak cun. So doc suruh stop try naturally... kalau period datang balik jumpa doc. Sepanjang TTC ni ucu dah buat 2 kali IUI dan sekali IVF. Kesemuanya gagal. Tiub x de masalah.... cuma PCOS!!!. Oh PCOS susah betul nak baik...

Tunggu punya tunggu cik P ni 01.03.2014 baru cik P ni datang dengan sendirinya. Gembira hati ucu hihihihihi.... So 03.03.2014 day 3 ucu pun jumpa doc n decide nak buat IVF. Kali ni doc kata kite just make sure buat telur membesar dan kalau boleh cuba dapatkan banyak sikit. Hihihi.. tak semestinya pada bulan ni akan FET kata doc. Yg penting telur tu nak membesar bagai johan dan more than 3... Ucu setuju dgn doc. Sakit wooo asik kene inject. At least kalau ada banyak telur x perlu lah nak lalui inject2 kat montot n perut ni lagi. Huhuhuhu... Tapi... Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat ucu. Walau dah di inject selama 16 hari keputusan telur tidak memberansangkan. Kecewanya ucu tuhan saje yg tau... Hancuss hati ucu... kene stop n tunggu cik P datang lagi. Tp tak disangka-sangka 29.03.2014 cik P datang sendirinya. Melompat2 ucu kegembiraan. 29 hari cycle kali ni... So bermula lah IVF kali kedua dalam hidup ucu.... Panjang lebar mukadimah ucu kali ni. Bukan ape ucu nak share betapa susahnya ucu nak memulakan rawatan IVF ni sbb PCOS..

Ok lets start my second IVF journey.... Kat bawah ni  tarikh dan kos masa ucu jumpa doc...

  • 29.03.2014 : Start period
  • 31.03.2014 : Day 3rd/ 1st day Injection Folliculin 150iu + Dexa + Clomid = RM    828.60
  • 05.04.2014 : Day 8th/ 6th day Injection Folliculin 225iu                             = RM    764.90
  • 08.04.2014 : Day 11th/ 9th day Injection Folliculin 225iu                           = RM    452.92
  • 09.04.2014 : Day 12th/ 10th day Injection Folliculin 225iu + Inj Antigonist = RM 1,304.76
  • 12.04.2014 : Day 15th/ 13rd day Inj Folliculin 225iu + Inj Antigonist + BL= RM    837.62
  • 14.04.2014 : Day 17th/ 15th day Inj Folliculin 225iu + Inj Antigonist          = RM   912.84
  • 15.04.2014 : Day 18th Blood test + Inj Antigonist                                      = RM     72.00
  • 17.04.2014 : Ovum Pick Up + GA                                                            = RM 4,923.50
  • 19.04.2014 : FET                                                                                     = RM 3,835.90
So total IVF/ICSI kali ke dua ni RM 13,933.04 .

OPU
Masa OPU ucu dapat 3 telur je yg matang... Ucu mengharapkan ucu dapat lebih huhuhuhhu.... Allah Maha Kuasa lg Maha Mengetahui. Ucu dapat 3 je yg matang. Alhamdulillah.. sekurang2nya ucu dapat meneruskan IVF kali ni kan kan kan... Kali ni OPU ucu request GA... Hihihihi x mau tersedar lagi seperti OPU yg pertama dulu. Tak sanggup makcik.... Sakit wooooo....
Bila guna GA ni mmg best... x sedar langsung... tau2 dah siap n dah ke ruangan menunggu dan nak dihantar ke Day care balik dah. Ucu kene puasa bila nak guna GA. Ucu start puasa dr kul 12pm. Sebelum tu pun just makan ayam goreng seketui n biskut cicah kopi. X de selera katanya... prosedur kul 6pm...
Keesokannya ucu sangat lah berdebar2 menunggu panggilan dari doc. As usual mcm 1st IVF dulu doc call kul 6pm mcm tu... Alhamdulillah ke 3 telur ucu berjaya disenyawakan dan berkembang. Aminnn... syukur Ya Allah.... So next step FET (fresh embryo transfer).... :-)

FET
Ucu ET slps3 hari opu. Masuk wad/daycare kul 1.30pm... hikhikhik sepatutnya kene masuk 12.30pm tp ucu sibuk mengemas rumah. Nanti dah et x boleh buat kerja berat2. So ucu ambil kesempatan vacuum dan mengemop satu rumah... tingkat atas dan bawah dan rak kasut juga.
Prosedur pukul 2pm... tp jadi lambat sikit sbb tggu embryologist dr Sime Darby datang. Sblm prosedur bermula doc panggil Mr.Hubby masuk lab fertility sekali... tgk our embyos... hihihihi... Alhamdulillah ke 3 nya berlaku tumbesaran yg normal. N then doc disscuss nak masuk berapa embryo kali ni. Ucu mmg serahkan kat Mr.Hubby to decide. Atas pandangan doc juga, kami masukkan 1 embryo sahaja. Lg 2 embryo kami freezekan asing2. At least kata doc boleh try lagi lepas ni... Mudah2an yang satu ni pun lekatlah mintaknya.... Perkenankanlah doa kami Ya Allah.... Amin....

Jadi bermulah episod 2ww ucu... by the way hari ni hari ke2 slps et. Ucu byk rest kat dalam bilik je. Mr Hubby kali ni betul2 x bg ucu bergerak banyak2. Turun naik tangga lagi la... Mcm puteri kali ni. Makan pun dalam bilik... hihihihi... Orite... besok ucu kene inject utk kuatkan rahim kata doc. Hopefully everything will be okay coz ucu kene keluar besok... Doakan ucu berjaya kali ni ye kawan2.... xoxo

Tuesday, 15 April 2014

Pilhanku pilihan mu jua.... :D

Yuhuuu everybody.... setelah berpikir panjang... pro n contra... pengiraan kewangan dan belanjawan bagai... kami decide nak buat ivf lagi sekali. Hmmm... kene berjimat cermat. No more shopping shopping enjoy enjoy sokmo dah. Semua kene ikut budget dah... orite ucu akan cerita lebih lanjut my next ivf.... doa kami moga usaha kali ni berjaya.... ameennnn...

Thursday, 13 February 2014

What to do.... what to do... decission plz....

Lama ucu menyepi dr berblog... tak dapat nak mencuri-curi masa yg ada. Kalau ada pun itulah masa untuk meluruskan pinggang di atas katil ucu....  Sedar tak sedar dah tahun baru 2014 bulan Feb plak tu. Masih banyak nak diuruskan pasal syarikat..... Huhuhuhuhu pikir pasal kerja memang takkan habis. Sentiasa rasa masa berlalu dengan pantas. Walaupun macam tu aktiviti sosial tidak ketinggalan.... 

Actually ucu n hubby x decide lagi nak buat IVF ke tak? Hubby lebih kpd kurangkan berat badan ke ideal dulu. Hukhukhuk... ucu kira2 kalau nak betul2 ideal mau makan 3 bulan gak ni baru dapat berat badan ideal. Lama tu.... :-( Ada cara nak cepat .... huhuhuhuhu apa lagi liposuction la... Ucu dah survey cuma belum jumpa doctor je lagi... bila tengok kat utube mak aiiiii ngeri pun ada... Cam ne ni? Tu yg tajuk ucu kali ni...."what to do ... what to do.... tu.... Uol rasa cam ne? Ucu x tau  la... Macam2 pikir pun tak bagus gak... What to do?????

 Pada masa yg sama ucu tengah amik Camerlyn Product for helping ucu to reduce my weight... So far hari ni baru hari ke2.... Dapat turun 5kg - 7kg sebulan best nyer.... yg bestnyer lg product ni berasaskan buah2an... Senang ucu nak telan... Ape2 ucu update nanti k.... 

Thursday, 19 September 2013

My 2nd IUI & Intralipid Infusion Theraphy

Ieee dah lama tak berblog :-)... Since ucu rehat dari sebarang fertility treatment, ucu pun tak coret ape ape kat blog ni. Now, ucu dah start treatment balik. Tapi, kami tak jadi buat IVF. Hmm hopefully  everything berjalan dgn lancar. Oleh sebab dah ada pengalaman IUI dan IVF sebelum ni. In sya Allah ucu akan bersedia dari segi fizikal dan mental. Mesti ada yang tertanya "eh dah buat ivf nak buat iui plak". Hihiihi... actually husband ucu tak de sebarang masalah cuma ucu ada pcos. Tu yg susah nyer...  Saluran pun alhamdulillah ok tak tersumbat.... mudah2an berlakulah percantuman IUI kali ni... :-) Masa buat IVF bulan Disember 2012 hari tu... Ucu yg minta nak cuba sngt... Actually doc suruh buat iui lg tp excited nak cepat dapat anak nak gakkkk buat ivf time tu. Tak menyabor kata bonda ucu. Ok lets talk about 2nd IUI ucu ni...

29 Ogos 13 : Ucu start period. Bukan cara naturally tp makan duphoston. Sepatutnya  makan 7 hari tp sempat makan 3 hari je... Huhuhu... Handbag kene curi ngan ubat2 dalam handbag sekali. Percaya tak handbag tu kene curi dalam perkarangan masjid. Hukhukhuk sedih :-( 


2 Sept 13 : Jumpa doc dah day 5th period. Suppose kene jumpa 2nd day period. Tp doc plak cuti. Suspek denggi. So ucu start amik clomid 3 tablets per day + progynova tuk 2 weeks.


9 Sept 13 : Jumpa doc sekali lagi... dan treatment diteruskan dgn injection Folliculin 75iu setiap hari selama 5 hari. Hari2 inject kat punggung. Tak pe demi zuriat bg org ttc segalanya boleh di tempuhi.


14 Sept 13 : Appoinment dgn doc pagi plak hari Sabtu ni. Doc buat tvs(trans vagina scan), hukhukhuk telur masih kecil2... uwaaa tention wooo time ni. Doc tak bg sebarang ubat dan injection dah. Doc kata biar telur membesar dgn sendirinya. Masalah yg bersarang dlm kepala ucu mampukah telur ucu membesar?


17 Sept 13 : Appoinment lg.... jeng jeng jeng.... Alhamdulillah, doc buat tvs lagi sekali. Dan ada lah terjumpa 1 telur yg dah membesar. Ukuran 17.2mm.... terus doc kata proceed iui. Syukur ya Allah, ucu ingat dah tak jadi dah iui kali ke 2 ni. IUI keesokannya sempat lah lagi harapan ucu telur membesar lagi. Walaupun jumpa 1 je sekurang2nya ucu bersyukur masih ada harapan di situ. In sya Allah....


18 Sept 13 : Ucu sampai hosp dlm 11.30am.Sampai terus pass specimen kat nurse. Tak lama lepas tu doctor panggil utk tgk sperm selepas di cucikan. Wahhhh doktor kata kali ni banyakkk tu... Hihihihi... hopefully ada la yg lekat kali ni. Prosedur iui tak lama pun dalam 15 minit siap..... Tp this time doktor sarankan buat Intralipid Infusion Theraphy sekali. Kalau ada yg masih tak tau pasal intralipid cuba tanya pakcik google taip "Intralipid IVF". Kat situ ada penerangan secara detail. Tak salah kite mencuba kan.

Intralipid Infusion Theraphy ni dia masukkan melalui drip kat tangan kite. Amik masa 2jam juga nak habiskan 1 botol kecil tu. Settle semua ucu pun balik ke rumah. Bermula lah 2ww ucu. Huhuhuhu.... Doakan ucu & hubby berjaya kali ni ye kawan-kawan.... Aminnnn

Sunday, 24 March 2013

Preparation for 2nd IVF for this Jun 2013 :-)

Jeng jeng jeng ... perang dingin ucu ngan abang x lama pun... Sabtu perang pagi Ahad tu dah ok... Ahad petang tu ada tournament bowling plak tu... Huhuhuhu emosi mmg x stabil lagi. Mata pun agak stress sebab menangis sepanjang mlm tu... Actually x mau nangis tapi air mata ni tak mau stop2 tu yg susah tu. Ok lupakan kisah sedih tu... x mau ingat lagi... Syoh syoh pegi jauh2....

Berbalik pd tajuk post kali ni... Sepatutnya ucu n abang plan nak buat 2nd ivf kalau x ngandung lg nak buat April ni. Tapi atas perbincangan bersama kami decide nak buat bulan June nanti. So berikut adalah preparation yg ucu akan buat sblm 2nd ivf ni.

1) Pengurangan berat badan - ucu akan start treatment kat London Weight Management (LWM) minggu depan. Tak amik banyak sesi pun. 10 sesi jer... Hopefully leh turun 10kg... Hahahaha hamik berangan x sudah... terus 10kg nk hilangkan....

2) Pemakanan - ucu akan pastikan ucu makan makanan yg berkhasiat setiap hari. No more fast food!!! Sayonara KFC, McDonald .....

3) Air kosong - ucu akan pastikan ucu minum plain water satu hari 3liter... dapat membantu pengurangan berat badan gak ni.... hihihihi....

4) Stress - ucu nk kurangkan stress melalui bersukan. Memandangkan ucu n hubby meminati sukan bowling bersama, kami akan lebihkan masa bersama melantun..... Best ni... Berpeluh juga tau main bowling walau dalam aircond... Sekali main min 6 game sorang.

5) Supplement - so far ucu akan teruskan makan habbatus sauda, minyak zaitun, sne gold, beauty essence sne dan delima. Mudah2an usaha ini ada hasilnya. Aminnn...

Okey ttcian semua .... Chaiyukkk!!!

Saturday, 16 March 2013

Beginikah akhirnya.....

Jam dah 2.24am... tapi ucu masih tak dapat nak lelapkan mata. Mata ucu bengkak sebab banyak menangis tadi. Ucu tertanya beginikah berakhirnya perkahwinan ucu?. Terlalu berat untuk ucu luahkan tp ucu sgt sedih, stress dgn apa yg berlaku.

Ucu bersyukur Allah bg pinjamkan ucu suami sehebat mu abang. Ucu mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum ucu. Ucu tak tau sampai mana dan sampai bila kita mampu mempertahankan rumahtangga kita. Hati ucu dah hilang dan sangat sakit bila abang kata abang dah tak kisah kalau ucu minta cerai. Ucu cuma nak minta izin keluar sementara waktu dari rumah. Mungkin bila berjauhan hubungan kita akan pulih kembali. Tapi bila abang tinggikan suara kat ucu sampai hati abang. Abang ungkit segalanya..... Ucu redha ucu ikhlas dgn abang. Hati ucu sakit bang.... Sakit sangat.... Ucu x dapat nak menahan air mata ucu....

Sunday, 27 January 2013

16th day after et.....

Hari ni masih cuti PH .... ganti cuti Thaipusam semalam... Hari ni juga hari ke 16 slps et hari tu... Ucu masih x tau nak start celoteh dari mana ni ya... Hmmm....

Okey ucu sepatutnya appoinment dgn dr.zamri hari Sabtu 26.Jan hari tu. Tp atas sebab2 tertentu doc x de hari tu dan akan digantikan pada Rabu ni 30.Jan. Tetapi, kawan2 semua ucu dah start bleeding masa 26.Jan.... mula2 keluar brownish je... x banyak pun tompok2 je... Ucu masih relax, kuatkan diri, rehatkan minda dan bertawakkal je. Sekiranya Allah nak bagi ucu rezeki kali ni... In syaa Allah segala2 nya akan selamat. Tapi jika belum sampai waktunya... Sabarkan lah ucu tabahkanlah ucu kuatkan lah semangat ucu...

Ucu lalui hari berikutnya sehingga ke hari ini seperti biasa. Semalam masih kuar tompok2 je... Tp hari ni ucu dah mula heavy bleeding. Naluri ucu mmg rasa dah x de harapan rasanya. Sakit kat bawah perut ni... jadi besok walaupun doc penuh appoinment ucu tetap nak jumpa doc. Ucu nk buat post mortem pasal ivf yg pertama ni.

Ucu dah plan bersama encik suami, kami redha dgn ujian ini. Tapi kami takkan patah semangat. Bulan Februari ni ucu akan relax dr menjalani sebarang fertility treatment. Ucu nak relax dr segala injection hormon dulu. Ucu  cuma nak makan habbatus sauda n minyak zaitun beserta air zam zam. May be nak minum air delima juga.

In syaa Allah kalau segalanya berjalan lancar dan ucu juga masih belum hamil period bulan Mac ucu akan start balik utk IVF kali ke 2. Kepada kawan2 di luar sana, kita mesti tabah n kuat. Segala berlaku pasti ada sebabkan..... Yg penting kita jgn give up. Bohongla kalau ucu x pernah merungut dan meraung kan. Tp lepas ucu lihat n dgr satu kisah ni ucu rasa bersyukur masih mempunyai suami yg bertanggungjawab, kesihatan yg bagus, rezeki yg halal, berkemampuan dan mempunyai keluarga yg penyayang baik sblh family ucu mau pun suami. Zuriat je ucu dan suami belum ada. Amalan bersedekah harus diamalkan sentiasa. Ucu nak share kisah yg ucu nampak dpn mata tu tp mata ucu ni nak terpejam dah sangat. Nanti ucu buat new entry pasal adik tu ye... Jumpa lagi.... mmmuuaahhhh xoxo :-)

Wednesday, 16 January 2013

Hari ke 4 ET

Hari ni ucu x buat ape2 pun... Just settlekan few thing pasal kerja. Pendaftaran GDEX dan serba sedikit pasal akaun company. Selebihnya ucu layan astro. Tergelak2 tengok Karoot Komedi....  Kadang terasa sengal kat bawah perut ni... Ucu  dah naik tingkat atas.... hihihihi degil.... nak jugak masuk bilik sendiri.

Malam hubby ada liga bowling kat Plaza Alam Sentral. Hubby ajak tp malas nak ikut. Sbb nanti bukannya kejap habis liga main lagi plak. At least kat umah leh baring2 n lepak2 dpn tv. Kalau ucu leh main skali x pe... x de la boring sgt.... hihihihi... Almaklum still kene rest lagi.... Hari ni ucu makan laksa.... sedap beli kat pasar malam... ada lg 1 bungkus... hihihihi... xoxo 

Tuesday, 15 January 2013

ET ( Embryo Transfer)

12.Jan.13 ET

Ucu buat ET hari Sabtu. Sampai demc dlm pukul 1.10 pm mcm tu.... Oleh kerana perut berkeroncong ucu n hubby makan dulu kat Cafe MakTom. Makan nasi campur. Sedap juga... next time makan sini jelah... Hihihihi....

Dalam 1.30 pm ucu pi daftar kat kaunter untuk masuk day care. After bayar deposit RM2k kitorang x naik lagi.... pi sembahyang zohor dulu. Pastu baru naik tingkat 2. Sampai2 nurse Siti Hadijah tunjukkan katil ucu. Tak lama lepas tu bagi baju suruh ucu tukar. Tiba2 nurse datang lagi bg tau jap lagi nak start prosedur. Sepatutnya buat buat patient opu dulu tp couple tu x sampai lg. So... nurse bagi baju juga untuk hubby suruh sarung. Hubby akan masuk sekejap sbb doc nak tunjuk our embyo sebelum di masukkan ke dalam rahim ucu.

Masa doc panggil hubby n ucu suruh tengok kat microscope tu hubby so cute kecilnyer....  Pd masa yg sama doc bg tau akan masukkan ketiga2nya. Ucu harap dan berdoa moga Allah berkati usaha kami kali ni dengan rezeki zuriat. Insya Allah.... Okey... pastu hubby kene dok kat katil daycare tadi.

Proses utk ET x lama sebenarnya dan Alhamdulillah x sakit. Terasa sikit masa doc masukkan speculum tu pastu x rasa dah... Ada dengar doc panggil Nurul(embriologist) dah bersedia ke belum... Tak lama lepas tu rasa macam nak terkucil sgt... Bg tau nurse saya nak sheshe.... Nurse kata tahan sikit je sbb doc tertekan kat speculum tu terkena kat pundi kencing.  Then settle.... bila dah habis tu... nurse tanya boleh tahan ke tak? At least tahan dalam sejam...ucu rasa mcm okey...

Kuar dr OT nurse letakkan ucu dlm recovery room jap dlm keadaan kepala ke bawah sikit. Tadi kat dalam pun ada inject pubergen x silap namanya...  baring macam tu ada gak dalam 2 jam...
Ngam2 kul 4 ucu rasa x tahan lagi nak buang air. Inform nurse kata ok...

Lepas tukar baju n minum petang kami balik..... :-)

***********************************************************************************

Hari ni hari ke 3 lepas ET. Ucu banyak rest je kat umah. Tp td try naik tingkat atas. Lama x naik atas dah rasanya. Rindu bilik ucu tau... Itu pun naik slow2 masa hubby x de pi keje. Siap mandi pilih baju cun sikit baru turun slow2....

Tp hari ni ucu rasa x best sikit la.... badan rasa x sedap... makan muntah balik... kat bawah perut ni rasa x sedap gak. tak tau nak story camne... Ucu harap segalanya ok la.... Babies... mama harap babies ok kat dalam ni.... Hubby ajak temankan dia training bowling pun x mau ikut sbb x selesa.
Ya Allah lindungilah aku dan babies dalam rahim ku ni.....

Sunday, 13 January 2013

OPU

Hye uol!!!

Actually dari sehari ke hari ucu nak update pasal IVF treatment ucu ni. Td malas je nak menulis. Hari ni macam x de benda nak buat dah tu yg okey nak menulis ni. Wokey sambungan treatment yg hari tu (leh baca entry sebelum ni), ucu jumpa doc Isnin tu n buat tvs. Telur ucu dah ada yg matang size 20mm. So doc bekalkan ubat/injection orgalutron dan ovidril untuk ucu inject pada subuh esok dan OPU akan dibuat pada petang Rabu 9Jan12. Alhamdulillah sampai juga ke proses OPU ni.

Subuhnya, ucu tidoq lewat malam tu... nasib baik encik suami sedar n bangun kejutkan ucu pukul 6am. Dalam kul 6.15am siap inject semua. Selesai solat subuh ucu pun sambung tido qada balik malam td yg tak cukup tido tu..... hihhihihihi :-)

Bangun2 dah pukul 8.30 am mcm tu... basuh baju, sidai baju, kemas baju letak dalam almari, basuh bilik air, mop rumah dan macam2 lagi ucu buat. Takut nanti x larat plak nak buat lps OPU. Almaklum ucu banyak google n baca blog kawan2 dh buat OPU ada yg kata sakit ada yg kata biasa je dan ada juga yg tak sedar tau2 dah siap..... Huhuhuhu siyes ucu nervous tau....

OPU
Rabu 09 Jan 2012

Ucu pi demc ngan encik suami dan bonda dalam kul 3.30pm dan lebih kurang pukul 4pm sampai demc. Ucu terus naik tingkat 2 bahagian Day Care. Tak lama lepas tu... Nurse Siti Hadijah bg baju suruh tukar, pasang drip n bg ubat suruh makan.Ubat tu katanya akan buat ucu ngantuk dan tidur. Masalahnya samaje ucu x ngantuk pun... Huhuhuhu tolong ucu x mau sedar sepanjang proses sedut telur ni dijalankan.....

Nurse panggil n tolak ucu masuk dalam bilik ot. Sampai bilik ot dr zamri inject lg ubat tidur. Nurse angkat kaki ucu dan letaknya tinggi juga. Macam kaki ucu kene ikat pun ada. Ucu cuba pejam mata bg tidur tp x boleh. Sbb ucu rasa apa yg doc buat kat ucu. Doc masukkan speculum kat msV ucu. Masa sedut telur dijalankan ucu sedarrrrr.... Sakit okey :-(  .... Tiap kali doc kata "flush".... Huhuhuhu.... Ucu mcm dlm keadaan mamai je... Tp ucu sedar tiap ape yg berlaku.... Dalam menahan kesakitan ucu terdengar suara Ms Nurul (embriologis) ada sebut cell ke ape.... Ucu cuba pejam mata n ada cakap ngan nurse ucu sedar lagi ni... boleh tak tambah dose bg ucu pengsan.... Nurse kata sikit je lagi... Tak lama lepas tu... Ucu rasa sakit gile... MsV ucu macam di godok2... sakit sangat sampai ucu mengerang auwwwww.... Doc baru perasan n cakap "sabar sikit ye F******* sikit je lagi. Tapi demi Allah, sakit gile. Nurse kata tahan sikit tgh cuci ni dan nak habis dah.... Ucu tahan sakit sampai pecah darah kat kedua2 lengan ucu ni. Ucu tak tahu kawan2 lain macam mana prosesnya. Kene cuci gak ke lepas OPU. Ada la dalam 30 minit kot ucu kat dalam tu... Settle semua nurse hantar ucu ke daycare balik.

Time tu bonda n encik suami x de. Pergi makan kot. Ucu baru rasa mengantuk. Actually masa pindah katil tu ucu kene bangun alih sendiri. Baru ucu terasa pening sgt bila bangun rasa nak jatuh je. Tgh melayan mood nak tido dengar tapak kaki hubby n bonda. Diorang tanya ucu ok ke? Dgn jujurnye ucu cakap sakit sangat. Tak lama lepas tu makan malam sampai. Diorang bg  nasi putih+ayam masak merah+sayur kacang panjang. Ucu yg memangnya lapar kene puasa dr jam 12pm tadi ape lagi... Ngap ngap ngap... Sampai habis ucu makan. Rasa cam sedap gile ..... Hihiihi... Tengah syok2 makan Doc datang ke katil ucu tanya keadaan ucu sakit lagi ke... Doc bg tau dalam sedut2 telur tu 3 je ada benih. Ucu bersyukur sekurang2 nya lebih drpd 2.... Doc kata perkembangan seterusnya doc akan call ucu besok. Tengok samada telur tersebut dapat disenyawakan atau tidak.

Dalam pukul 8pm ucu kata nak balik lah... nak rest kat umah... Bila ucu bangun je nak tukar baju... Mak aii dunia ni berpusing2.... mcm nk jatuh pun ada. After bayar bil ucu jalan slow2 turun menghala ke kereta sambil dipimpin oleh hubby... Sampai umah dalam jam 9 mcm tu... sampai je ucu terus landing kat ruang tamu. Tak sampai 5 minit ucu berlari ke toilet. Tak tahan rasa nak muntah. Ha hamik ko .... abis terkeluar semua makanan tadi.... Kesian hubby kene basuh bilik air bawah.

Lepas muntah mmg lega sangat.... terus lena kat atas sofa depan tv sampai pagi besok....

Boleh tak bangun terlewat terlepas subuh ucu. Ucu bangun pagi temankan bonda breakfast. Ucu buatkan bonda maggie je... Itu je yg ada.... Bertuahnya anak.... Tp bila bangun pagi tu memang ucu rasa senak sgt... Susah nak bergerak tapi ucu x layan sangat sakit tu. Petang siap leh pegi Jusco kat rawang n hantar bonda balik Btg Kali. Masa on the way ke Btg Kali ucu asyik tgk hp je... mana doc ni x call pun lagi. Ucu dh risau dah ni... Dalam kul 6 pm doc call hp hubby. Doc bg tau... perkembangan telur bagus... dapat 3.. kesemuanya bertindak balas.... Doc suruh ucu dtg demc hari sabtu dalm kul 1pm utk Embrio Transfer (ET). Alhamdulillah.... itu je yg ucu mampu ucapkan.... Syukurnya ucu.... Akhirnya sampai juga ke final stage....

Besoknya Jumaat... ucu masih ada 1 hari utk relax n sembuh dari rasa senak ni... Ingatkan nak stay kat umah je...Hubby ajak jalan2 shopping lak kat 1U. Ucu on je... kebetulan nak cari pant baru. Bestttt..... time kasih en hubby.... Luv u so much..... XOXO




 



Saturday, 5 January 2013

Percubaan Pertama 2013

Rawatan IVF


Cik P datang 24.Dec.12, ngam2 ucu habis balik bercuti di Camerons Highland selama seminggu. Ramai kawan2 ucu tanya ape la ucu buat lama2 kat Camerons tu... Hihihihi ucu just lepak2 sambil relax kat sana. Best ape.... sejukkkkk jer.... Malas nak balik sebenarnya.... :-)

Orite berbalik kpd cik P tadi, actually ucu dan en.suami dah disscuss period kali ni ucu nak cuba IVF. Walaupun sebenarnya ucu baru buat sekali je IUI bulan May,2012 . Dan tidak berkesempatan untuk membuatnya lg due to macam2 problems yg timbul masa nak buat 2nd IUI tu. Kami sepakat nak cuba IVF. Lg pun ucu dah masuk 32 tahun ni. Dan en.suami dah masuk 36 tahun. Huhuuhu .... mudah2an Allah perkenankan usaha kami kali ni. Insya Allah.... Oleh kerana 25.12 tu public holiday Chrismas, terpaksalah ucu jumpa doktor ucu 26.12 maknanya hari ke 3 period.... So bermula la episod rawatan IVF ucu.....

 26.Dec     : Inject Puregon 150iu
                
27.Dec     : Inject Puregon 150iu

28.Dec     : Inject Puregon 150iu

29.Dec     : Inject Puregon 150iu & Inject Folliculin 75iu

30.Dec     : Inject Puregon 150iu & Inject Folliculin 75iu

31.Dec     : Inject Puregon 150iu & Inject Folliculin 75iu
                   Blood test hormone

Cite amik darah ni.... Sian ucu, 3 kali cucuk baru dapat darahnyer.Dari x sakit jadi sakit woo :-(.
Memandangkan besoknya tahun baru 2.Jan baru dapat review result darah ucu.... Uishh menunggu masa nak review ucu ada risau gak lar... huhuhuhuh...Tujuan utama blood test tu nak tau samada lepas dah inject2 ni badan kita ada tindak balas tak dengan hormon2 tersebut. Dan yg paling penting kalau ada telur sahaja x cukup..... mesti ada benih dalam telur tu. So penting nya blood test ni dapat tau dalam telur ada benih ke x ... Risau tau ucu....

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!!

01.Jan     : Inject Puregon 150iu & Inject Folliculin 75iu

02.Jan     : Inject Folliculin 225iu

Keputusan darah hari tu x berapa memuaskan. Serum Oestradiol cuma 256 pmol/L sahaja. Ulasan doktor telur dan benih ada tapi lambat progressnyer. Disebabkan itu, doktor tukar kepada folliculin sahaja. Tiada lg puregon....  Folliculin ni murah sikit , satu kotak RM70 so kali 3 = everyday RM210 harga injection nyer.... Since dapat result darah x memuaskan, ada kakak ttc jugak suruh ucu makan habbatus sauda. Dgn segera ucu cari. Ucu makan habbatus sauda brand Minsham. Kat kotak tu kata satu hari 2 biji je. Tp atas nasihat kakak ttc tu dia suruh ucu amik 3 kali sehari. Dan ucu ikut nasihatnya......

03.Jan     : Inject Folliculin 225iu

04.Jan     : Inject Folliculin 225iu
                  Blood test hormone lg sekali... :-( Kali ni amik darah x sakit, sekali cucuk je terus     
                  dapat. Alhamdulillah.....

05.Jan     : Inject Folliculin 225iu & Orgalutron 0.5ml

Jeng jeng jeng ..... tadi ucu masuk2 je doktor terus tunjuk result darah. Doktor pun macam happy. Alhamdulillah, semalam nurse doktor kata sekurang2nya bacaan serum mesti 500++ ke atas. Tp result darah ucu 1082pmol/L. Syukur ya Allah, ucu masih dapat teruskan rawatan IVF ni. Kalau tidak doktor ada kata kalau result masih sama tiada kenaikan seperti yg diharapkan semuanya kene stop. Pastu kene tunggu next cycle.... Uwaaa.... Syukur masih berpeluang meneruskan perjuangan....
 Tadi buat tvs dah nampak folikel2 ada yg dah saiz 16mm-17mm.... Oleh kerana ucu ngadu ada keluar mukus macam tanda ovulate tu, doktor dah start inject orgalutron. Orgalutron ni untuk membendung dari telur ucu ovulate sendiri sebelum di ambil (ET). So, monday ni jumpa doktor lagi.... Whats next???? Ucu hanya mampu berdoa dan memohon moga perjalanan dan usaha kali ni berjaya untuk kami suami isteri menimang cahaya mata yg sihat, cukup sifatnya jauh dari segala kecacatan....


Result darah :(

2nd IUI

Sambungan dr hari tu... Result darah ucu x berapa bagus bacaan  hormon nyer... Sepatutnya doktor kata mesti lebih 500++ pmol/L tp ucu cuma 236 walau dah amik suntikan2 seperti yg ucu bg tau sebelum ni...

Disebabkan result yg x memberansangkan doktor sarankan ucu stop dari ambil sebarang injection lg. And definitely stop dr buat IUI. Perasaan mmg sedih time tu sebab ingat nak cuba 2nd iui tp x dapat buat. Doktor bagi ucu makan Ubat Marcelon. Actually ubat ni ubat perancang. Doktor suruh ucu makan supaya rehatkan kilang telur. Bila dah period nanti datang balik jumpa doktor. Doktor ada sarankan amik 2 cycle marcelon. Tp ucu tak say yes or no. Almaklum makan pil perancang ni badan ucu bagai di pam pam dibuatnyer....

So ucu balik rumah... ape lagi plan holiday la... Malas nak monyok2 dah... Sabar menanti kedatangan Cik P di bulan seterusnya..... Tak mau stress2 ya kawan2.... XOXO

Tuesday, 27 November 2012

I am Back!!!

Helloooo.... dah lama ucu x update ape2 kat blog ucu ni... Sibuk la ucu this lately... Almaklum company ucu x cukup staff... Company kecil je... Alhamdulillah, bisness tahun ni meningkat ... Macam next year kene sewa store and office dah.... dan kene ada new staff jugak :-)

A lot of thing happen... ada yang manis ada yg masam yg pahit semua ucu telan. Dugaan semua ni harus ucu tempuhi. Paling buat ucu sedih... bila mak ucu kene mild stroke. Sedih sangat, time tu ucu outstation ke Pahang. Bergegas balik. Herot bibir mak time tu... Mak nangis masa ucu tengok dia kat hospital. Ucu pun nangis gak. Sedih tengok keadaan mak. Ucu jaga mak kat hospital. Ucu belikan mak supplement "Live Extra" from Elken. Sedap tau rasa orange. Sangat bagus untuk kesihatan kita. Even doctor kat IJN pun rekomen patient dia amik. 3 malam mak dalam hospital. Tapi pada pemerhatian ucu tak de ape yg Hosp Daerah Kuala Kubu ni buat. Setakat amik BP n bagi mak ubat. Hasil perbincangan kami nak bawa mak keluar dan dapatkan rawatan selebihnya di Hospital Melaka. Kat sana lg banyak kemudahan. Angah bawa mak ke rumah dia. Di sana angah bawa mak scan otak, terapi, berurut dan rawatan secara tradisional. Berkat usaha, kini muka mak dah kembali normal dah x herot dah... Alhamdulillah... Dan mak dah boleh jalan macam dulu... :-) :-) :-) Dan mak masih amik supplement live extra & spirulina Elken. Dan ucu dengan rasminya menjadi ahli Elken. Produk2 Elken sangat bagus cuma harganya boleh tahan u... Tp demi kesihatan apa salahnya... Duit boleh diusahakan... InsyaAllah....

TTC

Injection oh injection....

Every month ucu mmg buat treatment di DEMC with Dr Zamri. Try to pregnant naturally. Tapi start period 17.November 2012(Sabtu) kami decide nak buat 2nd IUI.

19 Nov - 23 Nov = Injection Puregon 75iu
24 Nov - 25 Nov = Injection Folliculin 75iu
26 Nov (D10)     = Scan TVS size 8.7mm (masih kecil)
                               Injection Folliculin 75iu & Humog 75iu
27 Nov                = Injection Humog 150 iu
                               Amik darah.... huhuhuhuhu sakit wooo... 3 kali cucuk baru dapat.... :-(

And hari ni doctor akan bagi tau resultnya.... uishh berdebar2 la ucu bila pikir ttg result darah ni. Ucu  share ape yg ucu rasa ni ngan member baik ucu dulu satu company. Dia suruh ucu expect yg the worst supaya bila result keluar ucu x la panic. Uuhhh.... so hard.... jantung mmg berdegup kencang... Hmmm doctor kata kalau resultnya x bagus IUI pun x boleh buat lagi.... Ya Allah, hanya pada mu aku memohon... Permudahkan lah segala urusan kami... Aminnn....

Untuk semua nanti ucu update yer... samada +ve ataupun -ve result tu...  Wish me luck!!!

Tuesday, 12 June 2012

:-) Gambate....

Alhamdulillah... itu yg mampu ucu lafazkan... Hihihihi bersyukur dgn kehidupan hari ni. Hari ni antara hari yg buat ucu tersenyum dalam kesyukuran.

Pagi ucu ada appointment dgn doc di DEMC. Hari ni kene buat TVS hari ke 14. Last sekali kene inject Folliova 75 iu 10.Mei hari tu. Ucu buat injeksion tu kat Klinik Bahiyah dekat ngan taman perumahan ucu je. Doc awal2 dah bekalkan ubat tu... senang ucu x yah kuar dari taman.... Doc Bahiyah pun best buat x sakit... Really x sakit. Credit to doc Bahiyah!

Actually masa hari 10.Mei (Ahad) tu macam dah kuar tanda mukus tu... Tp ucu macam x caya lagi.... selalu ucu lambat lagi nak ovulate... Selalunya hari ke16, itu pun kadang2 doc bagi injek pubergen bg telur pecah. Tp period kali ni all natural. Yang buat ucu senyum lagi tu... masa buat tvs tadi, doc Zamri cakap mana telur ucu ni... Eh Eh Ucu dah ovulate la.... So ucu GOOD LUCK kata doc tadi dgn senyuman. Hiihihihi doc ni, ucu happy coz ucu x yah kene inject.... ucu berjaya ovulate naturally.... yeay!!!!! (org ada pcos mcm ucu je paham nape ucu suka sangat ni...)

Doc bekalkan ucu duphoston ubat hormon bg tolong ucu support kuatkan rahim. Bekalan untuk 10 hari. Ya Allah... murahkan lah rezeki ucu dan suami untuk dapat zuriat... Ya Allah, sempurnakanlah zuriat kami. Mudah2an Alah perkenankan doa kami. Amin...