Translate

Showing posts with label IUI. Show all posts
Showing posts with label IUI. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

My 2nd IUI & Intralipid Infusion Theraphy

Ieee dah lama tak berblog :-)... Since ucu rehat dari sebarang fertility treatment, ucu pun tak coret ape ape kat blog ni. Now, ucu dah start treatment balik. Tapi, kami tak jadi buat IVF. Hmm hopefully  everything berjalan dgn lancar. Oleh sebab dah ada pengalaman IUI dan IVF sebelum ni. In sya Allah ucu akan bersedia dari segi fizikal dan mental. Mesti ada yang tertanya "eh dah buat ivf nak buat iui plak". Hihiihi... actually husband ucu tak de sebarang masalah cuma ucu ada pcos. Tu yg susah nyer...  Saluran pun alhamdulillah ok tak tersumbat.... mudah2an berlakulah percantuman IUI kali ni... :-) Masa buat IVF bulan Disember 2012 hari tu... Ucu yg minta nak cuba sngt... Actually doc suruh buat iui lg tp excited nak cepat dapat anak nak gakkkk buat ivf time tu. Tak menyabor kata bonda ucu. Ok lets talk about 2nd IUI ucu ni...

29 Ogos 13 : Ucu start period. Bukan cara naturally tp makan duphoston. Sepatutnya  makan 7 hari tp sempat makan 3 hari je... Huhuhu... Handbag kene curi ngan ubat2 dalam handbag sekali. Percaya tak handbag tu kene curi dalam perkarangan masjid. Hukhukhuk sedih :-( 


2 Sept 13 : Jumpa doc dah day 5th period. Suppose kene jumpa 2nd day period. Tp doc plak cuti. Suspek denggi. So ucu start amik clomid 3 tablets per day + progynova tuk 2 weeks.


9 Sept 13 : Jumpa doc sekali lagi... dan treatment diteruskan dgn injection Folliculin 75iu setiap hari selama 5 hari. Hari2 inject kat punggung. Tak pe demi zuriat bg org ttc segalanya boleh di tempuhi.


14 Sept 13 : Appoinment dgn doc pagi plak hari Sabtu ni. Doc buat tvs(trans vagina scan), hukhukhuk telur masih kecil2... uwaaa tention wooo time ni. Doc tak bg sebarang ubat dan injection dah. Doc kata biar telur membesar dgn sendirinya. Masalah yg bersarang dlm kepala ucu mampukah telur ucu membesar?


17 Sept 13 : Appoinment lg.... jeng jeng jeng.... Alhamdulillah, doc buat tvs lagi sekali. Dan ada lah terjumpa 1 telur yg dah membesar. Ukuran 17.2mm.... terus doc kata proceed iui. Syukur ya Allah, ucu ingat dah tak jadi dah iui kali ke 2 ni. IUI keesokannya sempat lah lagi harapan ucu telur membesar lagi. Walaupun jumpa 1 je sekurang2nya ucu bersyukur masih ada harapan di situ. In sya Allah....


18 Sept 13 : Ucu sampai hosp dlm 11.30am.Sampai terus pass specimen kat nurse. Tak lama lepas tu doctor panggil utk tgk sperm selepas di cucikan. Wahhhh doktor kata kali ni banyakkk tu... Hihihihi... hopefully ada la yg lekat kali ni. Prosedur iui tak lama pun dalam 15 minit siap..... Tp this time doktor sarankan buat Intralipid Infusion Theraphy sekali. Kalau ada yg masih tak tau pasal intralipid cuba tanya pakcik google taip "Intralipid IVF". Kat situ ada penerangan secara detail. Tak salah kite mencuba kan.

Intralipid Infusion Theraphy ni dia masukkan melalui drip kat tangan kite. Amik masa 2jam juga nak habiskan 1 botol kecil tu. Settle semua ucu pun balik ke rumah. Bermula lah 2ww ucu. Huhuhuhu.... Doakan ucu & hubby berjaya kali ni ye kawan-kawan.... Aminnnn

Saturday, 5 January 2013

Result darah :(

2nd IUI

Sambungan dr hari tu... Result darah ucu x berapa bagus bacaan  hormon nyer... Sepatutnya doktor kata mesti lebih 500++ pmol/L tp ucu cuma 236 walau dah amik suntikan2 seperti yg ucu bg tau sebelum ni...

Disebabkan result yg x memberansangkan doktor sarankan ucu stop dari ambil sebarang injection lg. And definitely stop dr buat IUI. Perasaan mmg sedih time tu sebab ingat nak cuba 2nd iui tp x dapat buat. Doktor bagi ucu makan Ubat Marcelon. Actually ubat ni ubat perancang. Doktor suruh ucu makan supaya rehatkan kilang telur. Bila dah period nanti datang balik jumpa doktor. Doktor ada sarankan amik 2 cycle marcelon. Tp ucu tak say yes or no. Almaklum makan pil perancang ni badan ucu bagai di pam pam dibuatnyer....

So ucu balik rumah... ape lagi plan holiday la... Malas nak monyok2 dah... Sabar menanti kedatangan Cik P di bulan seterusnya..... Tak mau stress2 ya kawan2.... XOXO

Tuesday, 27 November 2012

I am Back!!!

Helloooo.... dah lama ucu x update ape2 kat blog ucu ni... Sibuk la ucu this lately... Almaklum company ucu x cukup staff... Company kecil je... Alhamdulillah, bisness tahun ni meningkat ... Macam next year kene sewa store and office dah.... dan kene ada new staff jugak :-)

A lot of thing happen... ada yang manis ada yg masam yg pahit semua ucu telan. Dugaan semua ni harus ucu tempuhi. Paling buat ucu sedih... bila mak ucu kene mild stroke. Sedih sangat, time tu ucu outstation ke Pahang. Bergegas balik. Herot bibir mak time tu... Mak nangis masa ucu tengok dia kat hospital. Ucu pun nangis gak. Sedih tengok keadaan mak. Ucu jaga mak kat hospital. Ucu belikan mak supplement "Live Extra" from Elken. Sedap tau rasa orange. Sangat bagus untuk kesihatan kita. Even doctor kat IJN pun rekomen patient dia amik. 3 malam mak dalam hospital. Tapi pada pemerhatian ucu tak de ape yg Hosp Daerah Kuala Kubu ni buat. Setakat amik BP n bagi mak ubat. Hasil perbincangan kami nak bawa mak keluar dan dapatkan rawatan selebihnya di Hospital Melaka. Kat sana lg banyak kemudahan. Angah bawa mak ke rumah dia. Di sana angah bawa mak scan otak, terapi, berurut dan rawatan secara tradisional. Berkat usaha, kini muka mak dah kembali normal dah x herot dah... Alhamdulillah... Dan mak dah boleh jalan macam dulu... :-) :-) :-) Dan mak masih amik supplement live extra & spirulina Elken. Dan ucu dengan rasminya menjadi ahli Elken. Produk2 Elken sangat bagus cuma harganya boleh tahan u... Tp demi kesihatan apa salahnya... Duit boleh diusahakan... InsyaAllah....

TTC

Injection oh injection....

Every month ucu mmg buat treatment di DEMC with Dr Zamri. Try to pregnant naturally. Tapi start period 17.November 2012(Sabtu) kami decide nak buat 2nd IUI.

19 Nov - 23 Nov = Injection Puregon 75iu
24 Nov - 25 Nov = Injection Folliculin 75iu
26 Nov (D10)     = Scan TVS size 8.7mm (masih kecil)
                               Injection Folliculin 75iu & Humog 75iu
27 Nov                = Injection Humog 150 iu
                               Amik darah.... huhuhuhuhu sakit wooo... 3 kali cucuk baru dapat.... :-(

And hari ni doctor akan bagi tau resultnya.... uishh berdebar2 la ucu bila pikir ttg result darah ni. Ucu  share ape yg ucu rasa ni ngan member baik ucu dulu satu company. Dia suruh ucu expect yg the worst supaya bila result keluar ucu x la panic. Uuhhh.... so hard.... jantung mmg berdegup kencang... Hmmm doctor kata kalau resultnya x bagus IUI pun x boleh buat lagi.... Ya Allah, hanya pada mu aku memohon... Permudahkan lah segala urusan kami... Aminnn....

Untuk semua nanti ucu update yer... samada +ve ataupun -ve result tu...  Wish me luck!!!

Monday, 11 June 2012

1st iui.... :-( sob sob....

Last entry ucu ada citer ucu buat iui 14.Mei ...Hukhukhuk...Sob Sob :-(, 1st iui ucu tak berjaya... Ucu period 30.Mei tu... Time tu dah lah tengah bercuti kat Sabah. Kacau daun betul time tu... Sedih sangat... Nangis teresak2 gak la ucu. Ucu citer kat kawan baik ucu, dia cakap " Nangislah puas2 malam ni... Lepaskan segala kesedihan dan kekecewaan malam ni. Supaya besok pagi bila bangun mulakan hari yg baru dgn azam yg baru ". Terima kasih banyak2 kawan ku... Kata2 dia ucu ikut dan ucu buat.

Next plan, ucu teruskan follow up treatment dgn doktor Zamri. Ucu jumpa doktor pun dah lambat hari ke 8 . Doctor buat tvs ada telur yg besar gak belah kanan, belah kiri kecil2 lagi. Doctor bagi jab folliova 75 iu. Kena ambil selang sehari hari ke 8, ke 10 dan ke 12. Hari ke 14 jumpa doktor balik buat tvs.

Ucu harap kali ni berjalan lancar. Mohon Allah perkenankanlah doa kami untuk dapat zuriat yg sempurna dan soleh/solehah.... Amin...

Tuesday, 15 May 2012

My IUI 14 May 2012

Hmmm .. lama x update ape2 kat blog dah. Almaklum ucu bukanlah blogger tegar yg sentiasa mengadakan masa utk berblog. Tapi disinilah ucu boleh cite ape2 yg terpikir dgn tiba2 di kepala otak ucu ni. Disinilah ucu boleh meluahkan apa yang ucu rasa sepanjang proses rawatan untuk mendapatkan zuriat. Setelah tidak berjaya pd bulan Feb membesarkan telur dgn menggunakan jab follioza ke folliova dah x ingat dah ape namanye.

Bulan Mac ucu x dtg period pun, bukan perkara asing bg ucu. Kadang2 3 bulan pernah. Ucu dah cek urine pregnancy test tapi -ve. Ucu biarkan lagi sampailah bulan April. Still x period ucu kembali bertemu doktor ucu di DEMC.

Setelah di scan konpem ucu x pregnant, ucu diberi duphoston selama 5 hari. Selalunya lepas 6 hari habis duphoston ucu pasti period. Selepas perbincangan bersama doktor ucu akan mengambil ubat hormon femara selama 5 hari bermula hari ke2 period. D7 ucu dah start dengan injection puregon dengan dos 50. D12 kene dtg jumpa doktor nak buat tvs. Huuhuuh dup dap dup dap u .... ending nye ada banyak telur tapi paling besar dalam 12.5mm je. Doktor tambah dos injection puregon tu ke75. So ucu kene inject lagi 4 hari. Ingatkan dah x yah inject kat perut dah... hehehehe... D16 jumpa doktor balik.

Sementara menunggu D16 ni, ucu amalkan beberapa tips yg boleh dikongsi bersama
kawan-kawan. Yang bg tips ni pun kawan-kawan yg pernah melalui proses nak besarkan telur. Kiranya masalah lebih kureng la dgn ucu ni. Amalkan minum air zam zam ataupun air kelapa. Pilih salah satu je. Ucu pilih air zam zam. Skang nak dapatkan air zam zam pun agak senang berbanding tahun-tahun sudah. Pergi je ke kedai yg jual barangan halal ataupun kedai2 jamu pasti ada. Tu kalau kat area sungai buloh la. Area lain ucu x pasti. Pada masa yg sama ucu amalkan makan habbatus sauda. Ucu amik 3 pagi dan 3 malam.

D16(Sabtu) ni hati punya lah x keruan tunggu turn nak jumpa doktor. Dupdapdupdap hati dibuatnye... Sampai doktor pun leh perasan tgk muka ucu. Sambil ucu baring tgk doktor prepare nk buat tvs doktor cakap " ucu jgn risau sangat kalau telur x besar, ada banyak method yg boleh buat telur besar lagi. Inj puregon adalah salah satunya. Tapi dengan kecanggihan dunia perubatan zaman skarang ni ada banyak cara. Ucu jgn tension ya" Uhhhh doktor tenang sungguh hati ucu mendengarnya. Walau ape pun ucu berdoa moga ada telur yg cukup besarnya. Setelah di godek2 oleh doktor. Akhirnye doktor kata belah kanan ada satu 17.5mm dan belah belah kiri ada satu gak 18.5mm. Alhamdulillah ya Allah... Aku bersyukur.... Doktor tanya samada ucu nak proses sendiri ke nak buat iui. Setelah berbincang bersama mr hubby dan doktor kami bersepakat nak buat IUI. Pada hari yg sama doktor beri injection pubergen5000iu. Inj ni untuk bg telur pecah dalam masa 36 jam. On monday nye, kami kene datang jam 10am utk buat iui..... jeng jeng jeng....

Hari Ahad, aku ngan Mr Hubby pergi main bowling kat Plaza Alam Sentral. Masa tgh main tu ... uihss bukan main senak lagi perut aku. Kata member tanda telur tu pecah. Ntahlaaaa... hopefully sempat la telur ucu hidup sampai isnin besok kiranya ahad petang dah pecah. Hati dah x sedap, takut betul kata member tu. Demi menyedapkan hati buat la plan b. Tak mau rugi punya pasal .... ku goda jua mr hubby malam tu...  Sorry Mr hubby ... i know u want to prepare excellent sperm for iui, but i need it. I dont want to miss any chances.... hihihihi :-D

Monday 14 May
Kami terlewat bangun, adoyai time2 macam ni la plak leh kesiangan. Kami sampai DEMC jam 10.15am. Mr hubby terus ke toilet nak keluarkan spesimen tuttut... Kami x kuarkan di rumah sebab nak fresh lg katanya. Sedangkan beza waktu cuma 5 jam dr pengeluaran sebelumnya. Adoyai.. takut plak kalau2 mr hubby memerlukan masa yg lama utk mengeluarkannya.

Di DEMC kami member sutera lounge. Maknanya sebarang transaction/aktiviti hanya di sutera lounge x perlu turun naik ke farmasi ke nak bayar ubat ke nak amik darah dan sbgnya. Even nk jumpa doktor nurse akan teman dan hantar sekali sampai ke bilik doktor. So tunggu punya tunggu adalah dalam 15-20 minit mr hubby muncul dan tersengeh-sengeh. Ape plak kali ni sayangku....

Mr Hubby pas botol yg ada specimen dalamnya. Terus pas kat nurse, dan aku ikut sekali ke tingkat 2 daily ward. Tak sampai 30 minit doktor panggil kami berdua. Doktor beri peluang kami lihat sendiri sperm yg belum dicuci. Wahhhh, satu pengalaman baru bg kami. Dapat lihat sendiri yg mana hidup dan yg mana mati. Doktor kata dalam banyak2 ni kita nak satu je... Hehehehehehe.....

Mr Hubby diarah tunggu di katil wad, sementara ucu perlu prepare diri utk proses masukkan sperm ke rahim. Malam sebelumnya, ucu dah tengok dan cek di youtube cara2 iui. Hihiihi, so x der la terkezut sangat bila start ni. Ucu baring kaki terkangkang macam org bersalin tu...  Masa doktor masukkan speculum tu standard la rasa benda masuk. Lepas tu rasa sikit masa cateter masuk ke lubang uterus tu... masa doktor inject sperm tu x rasa langsung. Tau2 doktor cabut speculum and kata relax dulu 30 minit di katil sebelum balik ya. Sebelum doktor beredar, doktor kata tunggu period datang ke x bulan depan. Kalau x datang cek urin atau jumpa balik doktor k. Tak de plak bg tau bila nak cek upt kan. Tapi dlm blog2 kawan yg lain ada kata 2 minggu selepas tu...

Ucu harap ada rezki ucu kali ni... Mudah2an Allah murahkan rezki kami untuk dapat zuriat. Mana tau Allah nak bagi 2 sekali. Hahahahaha.... amin ya rabbal alamin.

Monday, 27 February 2012

IUI Treatment

2012
Sungguh pantas masa berlalu, dah penghujung bulan Feb 2012. Ucu bukanlah active blogger seperti blog2 lain. Bila ada masa bila ada mood ucu suka berceloteh di papan keyboard je dari berchating bersms berskype dan macam2 lagi la yg melibatkan hubungan 2 hala. Bukannya anti sosial tau... just rimas!!!

Ucu start treatment di DEMC sejak May 2011 sampai sekarang. Since tu doc sahkan ucu pengidap PCOS. Sebab tu ucu payah nak pregnant. Tapi kata doc ramai pengidap PCOS mampu hamil jika amik rawatan sewajarnya dan nekad. Ucu nekad ucu harus berusaha untuk mendapatkan zuriat, dapat sorang pun jadi la... Amin!!! Untuk mu suamiku ape pun ucu akan tempuh.

Tahun 2012 ni doc kata kita agresif sikit buat rawatan. Sebelum ni, selain dari operation OD doc lebih memberi masa samada ucu boleh hamil dengan sendirinya tanpa bantuan selain ubat hormon femara(letrozole) dan duphoston jika ucu tak period2 lagi. Hmm makan ubat hormon ni mmg mempengaruhi berat badan. Asyik berselera je dibuatnyer. Untuk memastikan berat badan tidak melampau ucu amik package di Body Century Kepong. Tapi nampak gayanya.... i need more support rather than hormon...

Doc start beri Duphoston 8 feb until 12 feb. 2 biji satu hari...  Cukup  5 hari stop ucu period. On 3rd day period jumpa doc. After small discussion ucu follow saranan doc cuba IUI. Ha bermulalah episod baru ucu ni.... Doc bg injection Follioza 75 kat perut. Tak sakit sgt la , biasa je macam kene gigit semut. Mungkin banyak lemak kut kat perut. Smp x rasa sakit sgt pun. Lepas tu ucu diberi jadual untuk datang hosp dapatkan injection Follioza yg sama sebnyak 5 kali berselang sehari. Owh banyak kali kene inject rupanya. For u baby... mama will do anything....

Injection yg ke 2 (22 feb) kene inject kat belakang... Woooo sakit giler kene inject kat belakang. Masa ubat masuk tu yg sakit. Terasa naik sampai ke otak tau.... time ni aku beri belah kiri. Sekejap pas tu hilanglah sakitnyer.... time tu jer hihihihi.... sekali injection kene RM79.10 murahkan.... Ada aku compare dgn member2 yg pernah amik injection ni smp RM150 sekali shot. So kawan2 meh buat rawatan kat DEMC. Servis tip top sangat selesa harga yg berpatutan gitu... 

Dalam menunggu hari berikutnya untuk di inject ucu kene dirhea(cirit birit)... sangat sakit n flat. Dehidration ucu... Mula2  ingat ucu salah makan. Tapi x ye kawan2, rupa2nya side effect dari injection tu. Doc atau nurse x de plak cite kat ucu pasal side effect ni may be diorang tgk ucu happy je kat hospital. Ye la takkan nak sedih2 pulak kan... Hidup mana leh stress lagi susah nak ngandung.... Ape pun untuk ilmu bersama aku senaraikan side effect yg aku alami:-
a) Muntah2 ( x boleh makan ape2 pun semua kuar balik)
b) Perut kembung dan sgt berangin
c) Cirit birit ( every 15 minit nak ke toilet) - never stop for 4 hour, mana x flat aku...
d) Sakit kepala - dulu masa keje ngan orang ye la selalu kene migrain tp semenjak dah keje
sendiri ngan hubby ucu x pernah kene migrain smp la amik injection ni....
e) Dehidration - mana taknyer... asal ada benda masuk je semua kuar balik even air pun...
f) Jerawat - huhuhu kat bawah dagu lak tu.... x pernah2 kuar jerawat kat area tu... :-(

Injection ke 3 (24 feb) , oleh kerana ucu dah tau sakitnye mcm mana so makin nervous la plak time nak kene inject tu . Kali ni kat belakang belah kanan plak. Wooo sakitttt.... ada member cakap inject sendiri kat perut je... kurang sakit. Tapi x pe, baby ... mama akan tabah...

Inject ke 4.... huhuhuhu.... sakit kene inject leh tahan lagi sebenarnya.... sakit cirit birit tu yg tak tahan... Ya Allah.. tabahkanlah hati ku... menempuh segala cabaran dan dugaan dari mu.... Amin... Tapi, staff nurse yg inject kali ni namanya Nur Hajar. Ok gak... x de la sakit sangat masa time injek ke 3 tu....

Final injection with my doc. Injek kat belah kanan. Bila pikir balik semua inject belah kanan mmg sakit. Next time biar injek belah kiri je la. Besoknya hari ke 12, suppose telur aku patutnya dah besar 18-20mm macam tu... tapi...

29 Feb doc buat vaginal scan. Hukhukhuk.... telur ada tp x cukup matang or besar. What to do ... kene tunggu next cycle. Sedih ar rasanya coz kene cuba lg next month... kene inject lagi next month...