Translate

Tuesday 15 May 2012

My IUI 14 May 2012

Hmmm .. lama x update ape2 kat blog dah. Almaklum ucu bukanlah blogger tegar yg sentiasa mengadakan masa utk berblog. Tapi disinilah ucu boleh cite ape2 yg terpikir dgn tiba2 di kepala otak ucu ni. Disinilah ucu boleh meluahkan apa yang ucu rasa sepanjang proses rawatan untuk mendapatkan zuriat. Setelah tidak berjaya pd bulan Feb membesarkan telur dgn menggunakan jab follioza ke folliova dah x ingat dah ape namanye.

Bulan Mac ucu x dtg period pun, bukan perkara asing bg ucu. Kadang2 3 bulan pernah. Ucu dah cek urine pregnancy test tapi -ve. Ucu biarkan lagi sampailah bulan April. Still x period ucu kembali bertemu doktor ucu di DEMC.

Setelah di scan konpem ucu x pregnant, ucu diberi duphoston selama 5 hari. Selalunya lepas 6 hari habis duphoston ucu pasti period. Selepas perbincangan bersama doktor ucu akan mengambil ubat hormon femara selama 5 hari bermula hari ke2 period. D7 ucu dah start dengan injection puregon dengan dos 50. D12 kene dtg jumpa doktor nak buat tvs. Huuhuuh dup dap dup dap u .... ending nye ada banyak telur tapi paling besar dalam 12.5mm je. Doktor tambah dos injection puregon tu ke75. So ucu kene inject lagi 4 hari. Ingatkan dah x yah inject kat perut dah... hehehehe... D16 jumpa doktor balik.

Sementara menunggu D16 ni, ucu amalkan beberapa tips yg boleh dikongsi bersama
kawan-kawan. Yang bg tips ni pun kawan-kawan yg pernah melalui proses nak besarkan telur. Kiranya masalah lebih kureng la dgn ucu ni. Amalkan minum air zam zam ataupun air kelapa. Pilih salah satu je. Ucu pilih air zam zam. Skang nak dapatkan air zam zam pun agak senang berbanding tahun-tahun sudah. Pergi je ke kedai yg jual barangan halal ataupun kedai2 jamu pasti ada. Tu kalau kat area sungai buloh la. Area lain ucu x pasti. Pada masa yg sama ucu amalkan makan habbatus sauda. Ucu amik 3 pagi dan 3 malam.

D16(Sabtu) ni hati punya lah x keruan tunggu turn nak jumpa doktor. Dupdapdupdap hati dibuatnye... Sampai doktor pun leh perasan tgk muka ucu. Sambil ucu baring tgk doktor prepare nk buat tvs doktor cakap " ucu jgn risau sangat kalau telur x besar, ada banyak method yg boleh buat telur besar lagi. Inj puregon adalah salah satunya. Tapi dengan kecanggihan dunia perubatan zaman skarang ni ada banyak cara. Ucu jgn tension ya" Uhhhh doktor tenang sungguh hati ucu mendengarnya. Walau ape pun ucu berdoa moga ada telur yg cukup besarnya. Setelah di godek2 oleh doktor. Akhirnye doktor kata belah kanan ada satu 17.5mm dan belah belah kiri ada satu gak 18.5mm. Alhamdulillah ya Allah... Aku bersyukur.... Doktor tanya samada ucu nak proses sendiri ke nak buat iui. Setelah berbincang bersama mr hubby dan doktor kami bersepakat nak buat IUI. Pada hari yg sama doktor beri injection pubergen5000iu. Inj ni untuk bg telur pecah dalam masa 36 jam. On monday nye, kami kene datang jam 10am utk buat iui..... jeng jeng jeng....

Hari Ahad, aku ngan Mr Hubby pergi main bowling kat Plaza Alam Sentral. Masa tgh main tu ... uihss bukan main senak lagi perut aku. Kata member tanda telur tu pecah. Ntahlaaaa... hopefully sempat la telur ucu hidup sampai isnin besok kiranya ahad petang dah pecah. Hati dah x sedap, takut betul kata member tu. Demi menyedapkan hati buat la plan b. Tak mau rugi punya pasal .... ku goda jua mr hubby malam tu...  Sorry Mr hubby ... i know u want to prepare excellent sperm for iui, but i need it. I dont want to miss any chances.... hihihihi :-D

Monday 14 May
Kami terlewat bangun, adoyai time2 macam ni la plak leh kesiangan. Kami sampai DEMC jam 10.15am. Mr hubby terus ke toilet nak keluarkan spesimen tuttut... Kami x kuarkan di rumah sebab nak fresh lg katanya. Sedangkan beza waktu cuma 5 jam dr pengeluaran sebelumnya. Adoyai.. takut plak kalau2 mr hubby memerlukan masa yg lama utk mengeluarkannya.

Di DEMC kami member sutera lounge. Maknanya sebarang transaction/aktiviti hanya di sutera lounge x perlu turun naik ke farmasi ke nak bayar ubat ke nak amik darah dan sbgnya. Even nk jumpa doktor nurse akan teman dan hantar sekali sampai ke bilik doktor. So tunggu punya tunggu adalah dalam 15-20 minit mr hubby muncul dan tersengeh-sengeh. Ape plak kali ni sayangku....

Mr Hubby pas botol yg ada specimen dalamnya. Terus pas kat nurse, dan aku ikut sekali ke tingkat 2 daily ward. Tak sampai 30 minit doktor panggil kami berdua. Doktor beri peluang kami lihat sendiri sperm yg belum dicuci. Wahhhh, satu pengalaman baru bg kami. Dapat lihat sendiri yg mana hidup dan yg mana mati. Doktor kata dalam banyak2 ni kita nak satu je... Hehehehehehe.....

Mr Hubby diarah tunggu di katil wad, sementara ucu perlu prepare diri utk proses masukkan sperm ke rahim. Malam sebelumnya, ucu dah tengok dan cek di youtube cara2 iui. Hihiihi, so x der la terkezut sangat bila start ni. Ucu baring kaki terkangkang macam org bersalin tu...  Masa doktor masukkan speculum tu standard la rasa benda masuk. Lepas tu rasa sikit masa cateter masuk ke lubang uterus tu... masa doktor inject sperm tu x rasa langsung. Tau2 doktor cabut speculum and kata relax dulu 30 minit di katil sebelum balik ya. Sebelum doktor beredar, doktor kata tunggu period datang ke x bulan depan. Kalau x datang cek urin atau jumpa balik doktor k. Tak de plak bg tau bila nak cek upt kan. Tapi dlm blog2 kawan yg lain ada kata 2 minggu selepas tu...

Ucu harap ada rezki ucu kali ni... Mudah2an Allah murahkan rezki kami untuk dapat zuriat. Mana tau Allah nak bagi 2 sekali. Hahahahaha.... amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment