Translate

Sunday 27 January 2013

16th day after et.....

Hari ni masih cuti PH .... ganti cuti Thaipusam semalam... Hari ni juga hari ke 16 slps et hari tu... Ucu masih x tau nak start celoteh dari mana ni ya... Hmmm....

Okey ucu sepatutnya appoinment dgn dr.zamri hari Sabtu 26.Jan hari tu. Tp atas sebab2 tertentu doc x de hari tu dan akan digantikan pada Rabu ni 30.Jan. Tetapi, kawan2 semua ucu dah start bleeding masa 26.Jan.... mula2 keluar brownish je... x banyak pun tompok2 je... Ucu masih relax, kuatkan diri, rehatkan minda dan bertawakkal je. Sekiranya Allah nak bagi ucu rezeki kali ni... In syaa Allah segala2 nya akan selamat. Tapi jika belum sampai waktunya... Sabarkan lah ucu tabahkanlah ucu kuatkan lah semangat ucu...

Ucu lalui hari berikutnya sehingga ke hari ini seperti biasa. Semalam masih kuar tompok2 je... Tp hari ni ucu dah mula heavy bleeding. Naluri ucu mmg rasa dah x de harapan rasanya. Sakit kat bawah perut ni... jadi besok walaupun doc penuh appoinment ucu tetap nak jumpa doc. Ucu nk buat post mortem pasal ivf yg pertama ni.

Ucu dah plan bersama encik suami, kami redha dgn ujian ini. Tapi kami takkan patah semangat. Bulan Februari ni ucu akan relax dr menjalani sebarang fertility treatment. Ucu nak relax dr segala injection hormon dulu. Ucu  cuma nak makan habbatus sauda n minyak zaitun beserta air zam zam. May be nak minum air delima juga.

In syaa Allah kalau segalanya berjalan lancar dan ucu juga masih belum hamil period bulan Mac ucu akan start balik utk IVF kali ke 2. Kepada kawan2 di luar sana, kita mesti tabah n kuat. Segala berlaku pasti ada sebabkan..... Yg penting kita jgn give up. Bohongla kalau ucu x pernah merungut dan meraung kan. Tp lepas ucu lihat n dgr satu kisah ni ucu rasa bersyukur masih mempunyai suami yg bertanggungjawab, kesihatan yg bagus, rezeki yg halal, berkemampuan dan mempunyai keluarga yg penyayang baik sblh family ucu mau pun suami. Zuriat je ucu dan suami belum ada. Amalan bersedekah harus diamalkan sentiasa. Ucu nak share kisah yg ucu nampak dpn mata tu tp mata ucu ni nak terpejam dah sangat. Nanti ucu buat new entry pasal adik tu ye... Jumpa lagi.... mmmuuaahhhh xoxo :-)

2 comments:

  1. kita sama2 doakan ucu, insyaAllah.
    tadi terjumpa entry blogger http://duniacarasaya.blogspot.com
    dia dah pregnant lepas 3thn.
    your time will come (soon!!!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucu baru berpeluang cek blog... tq wiefanz... :)

      Delete