Translate

Friday 20 June 2014

FET ... Sebelum Ramadhan....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan....

Sebulan lebih ucu menyepi. Tak sempat nak mengupdatekan apa2.... hukhukhuk :( lumrah kehidupan.... Banyak benda nak buat. Tak cukup 24 jam sehari rasanya... Tu yg asyik tido kul 3.30am ke 4am tu... Keesokan paginya kalau tak dapat black coffee memang merundum je rasa... Tak sah tak minum coffee.
Tapi kawan2 yg TTC jgn minum banyak2 ye... Kalau boleh jgn lebih 3 cawan sehari. Ucu maximum pun 2 cawan je. Selalunya secawan aje time pagi2... Sbb cafein akan mengurangkan peluang kehamilan ye kawan2. Sedap memang sedap!!!

 Ok ucu nak update berkenaan tajuk ucu kali ni. Alhadulillah, ucu dah buat FET pd 19.06.2014. Prosedur dibuat dalam pukul 6pm mcm tu. Pukul 5pm daftar kat admission pastu masuk day care. Pukul 8pm discaj. Bermulalah 2ww ucu. En husband yg menjaga ucu. Nak pegi toilet pun tanya nak pegi mana tu? Huhuuhuhu... rimas plak dibuatnya. Hiihihii...

Proses kali ni agak mudah bg ucu. Tidak memerlukan kos yg tinggi mcm sebelum ni :-( Alhamdulilah. Maksud ucu kos ubat2an dan prosedur. Lagi seminggu jumpa doc balik untuk injection. Ucu dibekalkan progynova dan utrogestan. Oh ya! kos FET kali ni RM3113.83 (termasuk ubat yg dibekalkan). Dan tambahan injection (2week b4 FET) RM700.00. So total plus minus almost RM4k.

Okey refer to tajuk entry kali ni, ucu nak share peristiwa yg berlaku kat ucu. Kawan2 ada terbaca dlm berita, akhbar mahupun internet tak berkenaan perginya Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam. Almarhum Ustaz Hj Ahmad Mustafa b Mohd Sidin. Beliau merupakan sepupu dekat ucu. Beliau pergi dalam usia yg muda 39 tahun dan meninggalkan seorang isteri bersama 5 anak2 yg masih kecil. Yg paling bongsu baru berusia 3bulan. Comey sangat Maher namanya... Semoga isterinya tabah dalam mengharungi kehidupan seterusnya. Mati itu pasti!!! Dan Allah telah merancangkan sebaik2 perancangan utk anak2 beliau. Bersabarlah Kak Ira... Berat mata memandang berat lagi bahu yg nak dipikul... Ucu sempat melawat arwah di ICU IJN, ttp pada masa tu arwah diberi ubat tidur supaya tidak sedar kerana pembedahan di dada masih belum di jahit. Doktor tutup dgn kain sahaja.
Arwah di solatkan jenazah dua kali. Sekali di Masjid Negeri yg dihadiri lebih 5000 umat. Dan dibawa ke Batang Kali untuk dikebumikan. Di Masjid Batang Kali dilakukan solat jenazah sekali lagi. Ya Allah... didunia sudah kau tunjukkan kebesaran Mu .... betapa ramai umat Islam turut menangisi kepergian arwah. Arwah di kebumikan bersebelahan dengan kubur ayahandanya. Sewaktu talqin dibacakan, Ya Allah sungguh ucu terasa insaf. Takutnya ucu akan kematian yg tidak mengenal usia,masa dan tempat. Dgn amalan yg belum cukup ucu  rasa sangat takut... Moga ucu sempat mengandung melahirkan dan mendidik zuriat utk husband ucu. Allahu Akbar...

Ucu n husband sempat join kenduri dan bacaan yassin serta tahlil yang diadakan di Kamunting, Taiping bersama famili sebelah husband. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Jemput budak2 tahfiz dan anak yatim di sekitar Kamunting. Lihat wajah anak-anak yatim ni terasa sayu dihati. Walaupun terukir senyuman di wajah mereka. Dalam hati siapa yg tahukan... xoxo utk kawan2 semua :-)


2 comments:

  1. Alhamdulillah..take care Ucu..try not to stress,kun faya kun, remember?Kami doakan Ucu dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..Amin Ya Rabb!

    ReplyDelete
  2. Amin Ya Rabbal Alamin ... tq kak Nuriz. Usaha dan tawakkal je ucu mampu sekarang ni... cherry berry plak hari ni... harap2 x mengganggu la proses kat dlm rahim ni... :-(

    ReplyDelete